Wednesday 29 August 2012

Balik kampung : Versi 4

Raya kelima

 Hari ini kami memasak simple ja. Aku masak nasi putih berlauk ja..sayur petola tumis air campur cendawan. Adikku si Wani masak ikan masak taucu. Paginya untuk sarapan aku masak spageti goreng (spageti yang lebih semalam).
  Petangnya kami pergi ke rumah baru. Rumah yang kami adik beradik kongsi buat untuk parents kami. Ada 8 buah bilik tidur, ada 1 ruang menonton, ruang makan, ruang dapur (gabung ja dapur basah dan dapur kering) dan ada 4 bilik air. Master bedroom kepunyaan my mama dan bapa yang mana bilik airnya ada di dalam. Bilik aku kecil ja almaklumlah jarang juga balik. Masa cuti sekolah dan cuti raya ja balik (kecuali raya haji).


Pandangan rumah dari depan

Pandangan dari tepi

Mama tengah menyapu di ruang tamu

 Malamnya kami pergi makan di Restoran Little Town Seafood di Beaufort (kami kongsi-kongsi bayar). Masa inilah dietku terbabas remuk..susah nak lepaskan peluang makan gini. Gambarnya ada di Day 22: 24.08.12 (klik di sini).

Raya keenam (balik Tawau)

 Hari ini hari terakhir aku berada di Sipitang.Wah sedihnya tak terkata..huhuhu. Mama masak kari ikan putih (my fav), sayur peria dan sayur bayam merah. Berselera aku makan.Mama, bapa, Ain dan Inoi hantar kami ke airport. Buat pengetahuan korang, dari rumah ke airport mo dalam 3 jam juga..Masa ondeway tu, of courselah terpaksa singgah ke stesen petronas nak buang air. Aku suka singgah ke stesen minyak Petronas sebab bilik airnya bersih dan ada surau berbanding stesen minyak shell (takda surau).Tapi kami pakai minyak dari stesen minyak shell sebab itu yang banyak di perjalanan Sipitang ke Tawau. Aku rasalah kat Sabah ni cuma ada stesen minyak Petronas, Shell dan Esso ja.Ntah napa yer???
 Kami singgah di Lok Kawi sebab bapa nak makan durian. Minta buka durian di gerai juga. Aku makan seulas ja (tak sedap..tawar). Bayar bukan main mahal lagi. Buat penjual kat luar sana kalo durian tu tawar pandai-pandailah kurangkan sikit harga. Ini dah perli-perli buat derk ja dia. Tak akan kaya pun kalo kedekut.
 Sampai airport makan KFC kongsi ngan suami. Solat jamak dan qasar kemudian check in. Konon nak makan teamix dan shake tapi segan pula nak membancuh-bancuh di situ.So tak buatlah. Cuaca buruk jadi flight agak lewat. Sepatutnya sampai Tawau 9.20 pm tapi sampai 10.00 pm. Then dalam flight kami langsung tidak dibenarkan berada di tandas dan buka tali pinggang. Aku dan suami duduk berjauhan. Aku duduk sebelah kawan suami bersama isteri dan babynya (baru jer dapat, lama juga. Alhamdulillah). Cemburu tau..Sampai umah susah betul nak tidur.

Balai berlepas

Bekalan air dan beg yang dibawa masuk kabin






No comments:

Post a Comment