Monday 19 December 2011

Trip to Sipitang --> Meligan

 Pada tanggal 16hb Disember 2011, aku + my encik suami with my sister and brother tetiba jer buat paln bergerak ke Meligan. actually dh lama rancang but mama ku itu kononnya nak ikut tapi oleh kerana my sister yang sorang tu pregnant 7 months gitu so mama ku itu batalkan hasratnya untuk ikut serta. yela cian kat adik aku tu dah husband jauh nun kat Labuan, ada lagi sorang anak nak diurus.org kata kalo baby nak dpt adik dia akan meragam.memang pun dia tengah meragam but aku tengok n perhati perangai anak adik iparku sama ja meragamnya sama ada nak dapat adik atau dah dpt adik. mungkin dia rasa kot perhatian org sekelilingnya itu dah makin berkurang kat dia.mummynya pun tak berapa nak layan feel dia tu yang rasa jauh hati.ada ke korang gitu..ntahla banyak betul andaian yang dibuat, tapi apapun Allah swt menciptakan setiap orang anak itu mempunyai ragam yang berlainan so tahniah all the parents and becoming parents yang dapat bersabar dengan karenah anak-anak ini. semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..
 Okies berbalik cerita trip ke Meligan itu, kalo ikut sebenarnya aku dah malas nak pi dh nak tido petang pn. (actually beberapa hari ini aku tak sedap badan, rasa lemah, lenguh n duk sakit kepala ja..buat pengetahuan u all i'm waiting for my peod dh agak lewat ni). yela bila ditanya jadi ke nak jalan, jawapnya ntah, mana je, tak tau..lastly aku buat andaian tak jadi.tetiba je dalam mata nak terlelap encik suami meluru masuk ke dalam bilik bagitau jom jalan..wah mau tak kelam kabut aku mengemas barang. prepare baju untuk malam, pagi esok n untuk mandi-manda kat sungai.wa..berangannya aku ni. kami pun bergerak dalam pukul 4pm.singgah beli makanan untuk makan malam dan sarapan.tempat yang kami nak pi adalah merupakan kawasan pedalaman Sabah.mana ada shopping kompleks ke restoran ke sedangkan kedai runcit dan gerai makan pun susah nak cari. aku tak berani kata tak ada pula.kot-kot korang jalan masuk ke Meligan korang jumpa kedai runcit n gerai makan, korang tuduh aku tipu pula. Pesanan kalo nak pi Meligan naik keta yang ada 4 wheel ye.takut-takut terbenam kat dalam lumpur. adik aku citer gak dh berapa keta masuk gaung (keta pacuan 4 roda pula tu) dan lori terbalik sebab jalan licin.
 Time nak pi tu, punyala excited until jumpa jalan 'grabel'. 2 jam kami jalan grabel tu. belum lagi kes bertembung dengan lori balak yang mana aku rasa macam nak terjatuh kena kat atas keta kami ja..ditambah lagi, sudah separuh jalan line hp tiada. tak ada lampu jalan (cnfirm la tak ada masuk dalam hutan tu).memang adventure la.masuk lagi kawasan berlumpur mujur tak terbenam ja tayar keta. adik lelaki aku sikit lagi makan lumpur mujur tingkap tak diturunkan. sampaila kami jumpa satu kawasan ni bukan main sejuk..my sis kata macam kat korea (memang hantu korea dia ni).




Ni yg pki spek mata my lil brother iri.



Ni my sister ilah n ain. Kat bawah my brother awang yang mana mengajar d Sk Meligan (org yg sm dalam gambr di atas yg buat peace belakang iri).





Jeng..jeng..jeng..ini pula gambar aku bersma encik suami. (Hm..sungguh besar..)




Nampak kan backgroundnya tu macam berasap actually tu bukan asap tapi kabus (p/s : terdapat di kawasan tanah tinggi biasanya). Ops ye korang mesti tertanya-tanya kenapa kami tak pakai baju sweater ke baju sejuk ke.. actually kami tak tau pun sejuk gila begini kalah kundasang n aku memang tak sempat capai selimut ke atau pape kain untuk memanaskan badan kami. korang pun notis kan baju aku tu macam baju nak pi kebun malah aku sempat pakai selipar jepun je. (gambar dah di edit agar tidak nampak kaki..aurat).


Kami sampai kat Meligan pukul 7 malam. Sampai ja kami disambut oleh guard sekolah. kami stay kat umah guru adik aku tu. adik aku tingggal ngan kawan dia.oleh kerna cuti sekolah so takda org la. dipendekkan citer, sampai ja aku n my sister sibuk bersihlkan umah n masak untuk makan malam. adik lelaki ku panggang kepak ayam. aku masak mee goreng, oleh kerna adik lelaki ku yang disuruh membeli terpaksala aku masak mee goreng campur telur n carrot n sosej..lantaklah janji boleh makan. adik aku ain tu dh kelaparan gila, ntah berapa biji limau mandarin dia telan belum campur roti duk tunggu kepak ayam masak. encik suami pun sampai tertido2 tunggu makan malam. aku sempt mandi n solat qasar n jamak. then masa yang dinantikan pun tiba. makan time.suma senyap ja time makan menunjukkan lapar gila apa tak nya makan malam pukul 9 malam. menu mee goreng, telur dadar campur, kepak ayam n sosej panggang, air milo panas.okehla tu. Malamnya aku lah org tido paling awal coz sakit kepala tapi terjaga pukul 2 sbb hidung tersumbat n berhingus..adeh..ntah pukul brapa aku tertido balik sampai terjaga subuh pukul 6.48am.masya Allah..trus bangun solat. paginya kami rancang nak mandi sungai tapi tak jadi pertama kerna hujan, kedua kerna air sungainya warna merah, ketiga kami takut tragedi meligan berulang dan keempat kami nak balik cept.kalo korang nak tau tragedi meligan tu search ja kat youtube n taip tragedi kat sungai meligan.so kami jalan-jalan jela melawat sekolah SK Meligan.aku macam tak sangka ja kat tengah-tengah hutan belantara ada sekolah rendah.tu kami belum jalan pi area yang mana namanya dengan Long..lagi pedalaman..dalam pukul 11.30 am kami pun balik.bye..bye Meligan tempatnya cantik, penuh dengan hutan, kebun-kebun orang, bukit bukau, sawah-sawah padi, penduduk kampungnya yang ramah..sempat kami singgah kebun sayur org kg beli sayur kubis dan terung. harga kubis panjang 1kg RM 2.50 dan terung 1kg RM 2..smpai rumah trus pi dapur cari mum..mum..kelaparn uh kena 'massage' dalam keta lalu jalan 'grable' tu.

Monday 5 December 2011

Berbekam..takut?????????

 Actually aku tak sangka pun aku akan berbekam. actually kol Kak Zaini tu untuk encik suami coz dia selalu mengadu pening-pening. tapi apabila sampai sana akak tu cek tangan and mata aku. nah...terus dia suggest rawatan.aku pun blur..blur..pun iya-iya jela. buat pengetahuan korang, aku ni sangat penakut dengan jarum and dilukakan..takut sakit konon.hehehe..so aku buat rawatan kryp untuk sakit tulang belakang ku ini (memang aku selalu sakit pinggang terutama kalo dah lama berdiri or jalan jauh, tak tahan), rawatan akupuntur (untuk nak dapat anak)---> teringat cerita di mana si jangeum yang salah mencucuk perut guru tabibnya menyebabkan gurunya sakit..terus dup dap dup dap jantungku.tapi actually tak sakit pun macam kena gigit semut ja kecuali yang di kaki ja.memang sakit. bab berbekam pula..actually tak sakit time dilukakan oleh jarum coz kulit dah kebas masa itu (dipam kulit kita tuh). cuma bab aku tak tahan bunyi tembakan jarum di badanku taulah aku punya otak fikir bukan-bukan ja.hehehe..aku berbekam di kepala, di leher, di belakang badan, di pinggang dan di kaki.best sebenarnya kalo kat kepala tu. tambah lagi aku ni memang ada migrain, time di pam tarik tu hilang sakit kepalaku. part yang paling best, bila korang bangun pagi esoknya suma sakit badan dah hilang dan badan terasa ringan ja.syok betul..malam pun tido lena sampai terbabas subuh kami (suami isteri) pukul 5.40 am. dahsyatnya..tu subuh dinosaur dah. badan tu rasa macam di urut cuma bezanya kalo diurut besoknya ada rasa sakit-sakit badan tapi berbekam rasa ringan badan. aku suggestla kalo yang ada sakit belakang tu (yang pernah jatuh terduduk time muda-muda dulu) buatlah kryp sedap sangat bila dengar bunyi prak..prak..dan tak sakit pinggang lagi..he..k la chow dulu ye.lain kali citer lagi..

Saturday 3 December 2011

Tawau --> Kota Kinabalu --> Sipitang

 Tanggal 3hb Disember 2011 kami bertolak dari Tawau pada pukul 6.15 am jalan. Hmm helo kat Sabah nie  waktu Subuhnya awal. Pukul 4.50 dah Subuh. kira lewatla tu perjalanan kami, plan awal pas Subuh ja dh gerak. Tapi almaklumlah. aku busy panaskan ubatku (akar-akar kayu), encik suami mencuci penapis air RO Elken tu. taulah kalo kami jalan confirm punyalah takda sapa yang cuci coz tak mahir. Perjalanan Tawau ke Kota Kinabalu @ KK memakan masa kira-kira 9-10 jam. itupun kelajuan biasa dalam 90-100 kmj. tak boleh nak laju pun sebab jalannya yang teruk. minta sangatlah ngan kerajaan perbaiki jalan itu. memang ada yang dah dibaiki tapi masih banyak lagi jalan yang runtuh. itu belum kira lori-lori yang menghalang kelajuan 90kmj. yelakan kalo dah lori pun bawa 40-60kmj macam mana nak bawa laju.jalan pun hanya ada dua hala je. kami singgah breakfast kat kunak then singgah 'buang air' kat sandakan. mula-mula tu suami kata nak singgah kat kundasang. tapi penuh even yang mahal pun penuh almaklumla cuti sekolah dan 'weekend'. so kami teruskan perjalanan ke KK bermalam di hotel Tang. tu pun hanya ada bilik family. wokehla ambil ja satu malam RM119. murah kan..ada 1 katil saiz king dan satu single. aku ambil yang king size.hehehe...(maaf tak dapat sertakan gambar coz nak ambil gambar bilik dah pun bersepah).
  Malamnya kami pi 1B (One Borneo), bukan shoping pun. oleh kerana kami suami isteri gila buku, maka cari kedai buku. tempat pilihan kedai buku harris. ada potongan 70%. ambil 2 buku. 1 buku motivasi tulisan pahrol dan 1 lagi buku masakan tulisan norzailina. hari ini cadangnya nak pi kedai buku popular di Centre Point dan Wisma Muis then sambung lagi 2-3jam perjalanan ke Sipitang. So totalnya dari Tawau ke Sipitang dalam 13 jam. Hmmm mo patah pinggang duduk dalam kereta. Kereta pun saga fl ja bukannya kereta Alphard (kereta mewah la beb).
  Actually malam-malamnya aku duk terfikir-fikir sampai bila lah aku nak gemuk gini. banyak blog aku yang aku baca tentang nak kurus ni dah surrender. adakah aku akan jadi begitu..wa.. tak nak. i have to focus again. kena ingat 'AKU BUKAN NAK KURUS TAPI AKU NAK SIHAT'. nanti post lain aku akan citer kisah aku pi berbekam..k chow dulu. wassalam..

Monday 28 November 2011

Honeymoon kami..

 Alhamdulillah sekarang ini sudh cuti sekolah. So aku pun mengambil kesempatan untuk pergi 'honeymoon' kat semporna. Tempatnya di Dragon Inn Floating. Aku suka sangat dengan pantai. Jadi bila encik suami kata nak bawa honeymoon kat floating semporna. Aku pun terus setuju. Actually ini honeymoon kami yang entah ke berapa..Semalam ja kami di sana. Tempat makan kena pandai cari lah. Pekannya kecil ja..Hari pertama sampai kami makan di kedai mamak. Sungguh tak puas makan coz harapan ku ialah pi kawasan yang kaya makanan laut, at least dapat bantai seafood la kan. Malamnya barulah kami makan di anjung selera tepi laut. Barulah thrill. So kalo nak tau lagi pasal semporna ni Google ja..banyak informasi nya tu. Aku perasan ramai orang dari semenanjung pi semporna masa ni. Opps pesanan. Hati-hati pilih kedai makan satu, takut mahal gila terkejut korang nanti and satu lagi kehalalannya coz banyak kedai makan yang tauke nya Cina and belum tentu halal walaupun "SERVE NO PORK". Setakat inilah dulu encik suami dah macam cacing kepanasan nak balik umah skang ni aku kat Restoran Sri Keningau..Chow dulu. Wassalam..






p/s: Gambar diambil dari www.etawau.com

Tuesday 22 November 2011

PERUBAHAN...

 Setiap manusia hendaklah sentiasa berubah dan semestinya perubahan itu hendaklah ke arah kebaikan ye..bukan ke arah kejahatan. Aku cuba nak positifkan diriku..tapi tak dapat2x. Lastly aku mendekatkan diri pada Allah swt. Alhamdulillah aku semakin tenang. Hilang semua perasaan moody2x seperti mo marah2x ke, mo nangis2x ke, mo rasa bosan2x ke dan etc.
 Aku bukanlah orang yang terbaik dalam memberi nasihat tetapi aku pasti ramai yg sedang dilanda kemurungan dan kegelisahan seperti aku di luar sana. Memanglah kamu akan kata "ala cakap senanglah". Tapi aku aku dah buat barulah aku cakap so "DON'T ARGUE."
 Aku cuba untuk solat malam setiap hari. Apa yang aku buat hanyalah solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. Zikir tidak lepas dari hati dan mulut..dan baca Al-Quran..YA ALLAH, tenangnya jiwa ini..betul ni. Korang cubalah..Tapi janganlah dok kejar solat sunat, solat wajib terbabas hancur remuk ke dinding pula. (Kenapalah pula akuni suka betul istilah terbabas ke dinding).
 Kalo belum cukup lagi lima waktu solat tu, pastikan cukup dulu kemudian barulah kejar yg sunat dl. Buatlah sedikit2x dan pastikan berterusan daripada buat banyak kemudian langsung tak buat..Allah swt lagi suka pada perbuatan sunat yang sedikit tapi istiqamah. Akan tetapi kalolah kita nampak rahmat Allah swt umpama guni-guni yang berisi emas gerenti punyalah berebut-rebut kita melakukan kebaikan..
 About my healthy pula, 2hb Dis ini aku akan mengambil ujian darah untuk hari ke 21 period untuk tengok level hormon progesterone aku pula. Hopefully sumanya sihat dan baik2x belaka. Doakan aku ye..ameen...

Monday 14 November 2011

FINALLY...

  Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba iaitu aku period tanpa makan ubat doktor. i'm waiting for 'her' for almost ten month. kalo preggy dah beranak pun..so skang ini perancangan untuk berusaha pregnant.doakan aku ye.ameen..
  korang mesti nak tau aku buat macam mana kan??? actually aku pun tak tau yang mana satu berkesan. aku mengamalkan jus kismis as-syifa keluaran muslimahshop. aku pi berurut. aku amalkan susu kambing keluaran mitra dan makan telur ayam kampung campur madu dan lada putih (waktu subuh sahaja ye). aku amalkan makan tauge dan sengkuang...dan aku makan herba cina untuk regularkan period..so tak tau yang mana satu..cuma pesan apek yang jual ubat itu : kalo nak mengandung, tinggalkan makan jeruk-jeruk asam, jangan makan benda-benda sejuk dan tajam. paling dia tekankan jangan suka minum ais atau makan buah yang dari peti sejuk supaya rahim tidak sejuk..apapun apa salahnya kita mengikut nasihat orang tua yang berpengalaman kan..

Tuesday 8 November 2011

Cermin berkaca-kaca

Hm..tiba-tiba terlintas di fikiran untuk tajuk ini. Dalam maksudnya tu..susah untuk aku gambarkan hidup dan keadaan diri aku sekarang ini. Macam yang selalu diet aku terbabas ke dinding sudah tergolek masuk ke dalam tong sampah..Sedih dan kecewa untuk diriku. Tambah lagi aku macam mo peod ni. Aku kuat betul makan. Tapi actually aku macam pening-pening sikit. Sakit breast macam berdenyut-denyut saja rasanya. Belum lagi sakit pinggang. Ntah napa ye. Kalo nak peod, ALHAMDULILLAH..aku sudah lama menunggu kedatangannya. Cuma ada satu misi yang agak tertunai sekarang. Benda yang aku impikan sebelum aku kahwin iaitu solat berjemaah lima waktu dengan suamiku. Walaupun tidaklah sepenuhnya lima waktu, selalunya waktu yang jarang kami berjemaah adalah waktu zohor. Waktu lain terutama waktu subuh sudah boleh berjemaah. Syukur sangat-sangat dengan rezeki kekuatan dan masa yang diberikan.Buat suamiku,jadikan ini solusi kita bersama ye..Jadikan cinta kita ini sebagai jalan untuk mendapatkan keredhoanNya..Ameen.

p/s : Gambar ini ambil dari google. Mohon ambil ye tuan punya gambar..

Friday 28 October 2011

Menu diet Week 4

Actually malas nak taip. Aku rasa korang pun bosan nanti. Nanti aku try ambil gmbarla before aku makan something ye. I’ll try my best..
Day 1 : Tabika terbuka (rumah terbuka)
Sarapan              - 1 cawan susu
                     - 2 potong kecil ayam goreng
Makan tengahari      - ¼ pinggan nasi putih
                     - 3 ketul ayam
                     - 3 ketul kecil daging
  - 1 ketuk sayur nangka
  - ¼ mee goreng
  - 1 gelas coke
Minum petang         - ¼ nasi putih
Makan malam          - 1 ketul ayam
                     - ½ sayur betik masak bening
Minum malam          - ¼ nasi putih
                     - 2 ketul ayam
                     - ½ bihun + mee goreng
                     - 1 potong kek
                     - 1 potong karipap
Day 2 :
       - oat + lada sulah and before pi keja minum 1 cawan susu
       - 1 potong kek
       - 1 biji epal
(act semua ini ada gambar tapi itulah aku ter save dalam word tak pandai nak tukar pi format lain pula)..

makan tengahari      - 1/4 pinggan nasi putih 
                     - 1 ekor ikan + 1/2 peria tumis
                     - sambal kicap
Makan malam          - 1keping roti nan + kuah dal + kuah kari
                     - 1 cawan lemon tea suam
p/s : Sarapan pagi tu lupa nak ambil gmbar before makan. Hehehe..so tayang Tupperware jela. Besar gitu ja aku punya sarapan itu pun ngan oat + lada sulah je. Makan malam lapar punya pasal dan tunggu lama aku tak sempat nak ambil gambar.
Day 3 :
Sarapan              - oat + ikan bilis + sayur kangkung
                     - 1 cawan susu
Makan tengahari      - ¼ pinggan nasi putih
                     - ½ sambal terung
                     - 1 ekor ikan goreng
                     - 1 sudu kecil sambal lada
- 1 mangkuk kecil sup kosong
Minum petang         - 2 keping roti bakar + mentega
Makan malam          - 1 mangkuk oat + timun masak tumis
                     - 2 ekor ikan goreng
J kalau tengok aku masih lagi kurang mengambil sayur dan buah. Ish..ish..macam mana ni kan. Usaha lagi k..
Day 4 :
Sarapan              - oat + ikan bilis + kobis + 1 pisang
Minum pagi           - 1 potong kecil ketupat + 1 cwn susu + 1 cebis ayam rending
                     - 1 biji epal
Makan tengahari      - 1 mangkuk laksa
Minum petang         - 1 mangkuk sup suhun ayam
Makan malam          - 1 roti sandwich salad + tomato + mayo
                     - 1 sudu kecil nasi goreng + ½ sawi putih tumis
Minum malam          - 4 potong suku goreng + sambal tomato
Day 5 : Puasa sunat
Sahur                - 2 sudu kecil nasi putih
                     - ½ sayur timun tumis + 3 potong telur dadar
Sungkai               - ½ nasi putih
                     - ½ sayur kusai
                     - ½ timun + sambal belacan
                     - 3 ketul ayam masak merah
                     - 3 biji kacang tanah rebus
Day 6 :
Sarapan              - ½ mangkuk kecil nasi goreng + telur + sup kosong
                     - 1 cawan susu
Makan tengahari      -  ½ mangkuk nasi putih
                     - 1 cawan salad + 1 cawan timun + 1 cawan sayur kobis tumis
                     - 1 ekor ikan masak taucu
- sambal belacan
Minum petang         - 1 biji epal + ¼ roti jem kaya
Makan malam          - ½ potong ikan
                     - ½ salad + tomato + sos salad
                     - 2 potong kecil martabak, 1 ketul fishcake
Day 7 :
Sarapan              - ¼ pinggan nasi putih + sambal ikan bilis + 1 ketul pulut
Makan tengahari      - gado-gado
                     - 2 ptg betik
Minum petang         - 1 ½ mangkuk bihun goreng
Makan malam          - ¼ nasi putih
                     - sambal ikan bilis





Mmmmm...tak tau nak kata apa

Semalam telah beraku satu insiden di mana aku pergi bekerja tanpa menyedari bahawa aku memakai kasut yang tidak sama.Sebelah ada corak bunga sebelah lagi kasut lain. Astaghfirullahal'azim...aku sedar pun sudah tinggal suku jam lagi nak balik. Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa. Tengok kan kalo Allah swt menarik sekejap ingatan kita, banyak benda atau perkara di dunia ini yang kita akan tertinggal..sebab itulah kalo orang gila tidak wajib solat. Kerna apa??kerna dirinya sendiri pun tidak terurus..Sebab itulah juga kalo kita terlupa solat, Allah swt ampunkan tapi wajib ganti. Ha..sidang pembaca kalo tinggal solat secara sengaja amacam pula??? Still wajib ganti tau, ingat besar dosanya meninggalkan solat secara sengaja jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang-orang yang musyrik. Na'uzubillah...
Insiden lain pula, aku pergi ke klinik pakar hari ini. Mak oi...garang betul nurse yang jaga kaunter pendaftaran. Eh pi mana kamurang punya visi dan misi piagam pelanggan lah konon???? Bukan aku sorang je kena ramai juga yang lain. Sesuka hati ja nak marah orang. Nasib  baik lah aku ni jenis yang cool down sikit..kononlah. Itu bukan topik utama aku nak citer. Topik utamanya, pada tahun 2007 aku disahkan menghidapi PCOS nama panjangnya Polisistik Ovari Sindrom berdasarkan ujian darah dan scan. Tapi actually bila di scan aku ada tengok di screen tu tapi takda pula aku nampak macam gelang mutiara ka atau ada setengah tu panggil cincin (seperti mana aku pernah tengok dalam laman blog teman-teman yang ada PCOS). Aku juga tidak ada cyst atau fibroid. Cuma period aku selepas kahwin ini jadi tak normal (irregular). So aku dah makan macam-macam jenis ubat. But then pada tahun 2011(tahun ini ) aku tergerak hati untuk mo dapatkan second opinion (macam dalam citer Oprah, dr Oz tu suruh "always get second opinion from another doctor"). Semalam dapatlah temu janji aku dengan doktor taulah kalau klinik kerajaan ni lambat betul appoinmentnya. Aku pi hospital bulan Julai bulan Oktober baru dapat jumpa pakar. Yela kan ramai betul patient. Aku tengok pun data statistik dorang kat board tu ada 8345 patient sahaja dari tahun bila tak pula tau. Cuma tahun lepas ja seramai 700 lebih patient yang dirawat kes berulang belum masuk yang kes yang baru...Dahsyat kan..memang kena hospital lebih besar lai dan tambah doktor pakar..
Setelah lama menunggu turn aku masuk jumpa doktor. So macam biasa disoal siasat yang mana banyak menimbulkan kesangsian macam mana aku boleh disahkan PCOS. Doktor tu pun minta aku discan, tidak nampak apa-apa tanda aku ada PCOS. Panggil doktor yang senior sama juga..akhirnya setelah berbincang soal siasat akhirnya doktor decide aku bukan ada PCOS tapi mungkin ada masalah lain kenapa aku tidak period dan mengandung lagi kerana rahimku nampaik stabil. Ya Allah, sungguh besar kuasaMu ini. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat aku tidak ada PCOS. Doktor pun marah kenapa aku tidak berjumpa dengan pakar di hospital kerajaan dulu..terutama semasa aku di KK dulu.Insya Allah ada hikmahnya semua ini. Ameen..
So dijadikan cerita aku ada temujanji lagi bulan 12 nanti. Aku akan masuk wad pada bulan Januari untuk pembedahan kecil (ish, aku dah lupa namanya) untuk melihat anatomi pada rahimku..Ya Allah berilah kekuatan untuk aku hadapi semua ini..aku hanyalah insan yang lemah tiada daya hanya mengharapkan kekuatan dari Yang Maha Kuasa. Doakan aku ye...
Sidang pembaca, jangan lupa pesanan aku ye. Kalau rasa ragu-ragu dengan keputusan doktor, jumpa doktor pakar yang lain dan jangan lupa minta mereka terangkan penyakit anda sampai anda faham.(Ini memang polisi dorang kan..). Jangan anda tertanya-tanya apa yang berlaku dalam diri anda. Kenali diri anda sebaiknya supaya mudah untuk proses penyembuhan.

Friday 21 October 2011

Doakan diriku

Azamku janganlah menurun...aku perasan akhir-akhir ni aku sangat malas diet. Perutku macam mula naik sket.Tu la nak diet bukan main senang tapi nak maintain bukan main susah. Betul kan???? (ke aku je). Alhamdulillah aku sedang mengambil diploma sekarang ini. Pertama niat kerana Allah swt kerana pesan Rasullah saw "Belajarlah kamu sehingga ke liang lahad". Lagipun dah lama tak belajar aku macam dah jadi pelupa dan pemalas. Betul lah kata dalam cerita "Jewel in Palaces", kita hendaklah rajin bekerja dan meningkatkan diri kita kalau tidak kita akan jadi pelupa dan nyanyuk macam aku sekarang ini. Sibuk memang sibuk, mana urusan rumahtangga, urusan kerja dan belajar..penat memang penat. Tapi aku rasa seronok kerana aku makin mendekatkan diri dengan Allah swt, aku mempunyai kenalan dan sahabat yang baik. Alhamdulillah syukur sangat-sangat..Oleh itu, sekaran aku akan maintainkan diri untuk semua perkara termasuk untuk diri aku iaitu aku kena jaga badanku ini juga. Badan kita ini kan amanah kenalah jaga dengan baik..Ish..jangan lupa juga hati kita pun kena jaga. Jangan sampai dia kebuluran. Tanda-tanda kebuluran adalah seperti hati rasa sunyi, tetiba rasa nak marah dan benci pada semua perkara, nak menangis, bosan, kedekut, riak dan sombong (seperti yang pernah aku rasa dulu).Jadi aku usaha sesungguhnya hendak membaiki dan mengubat hatiku ini..Aku hendak mati dalam keadaan aku tenang meninggalkan dunia. Ameen..

Sunday 9 October 2011

Ameen...

  Hari ini macam biasa bangun pukul 4.28 am mesti dah terjaga. Sebab pertama alarm hp suamiku berbunyi mengganggu lenaku, sebab kedua udah biasa time cuti pun gitu juga, dan sebab ketiga sakit perut nak 'membuang'. So jangan tahan-tahan, buanglah kan..
  Kawanku cita yang dia bermimpi aku dan kakaknya menghadiri interview dan kami lulus interview itu. Mudah-mudahan itu mimpi yang baik, moga aku mendapat rezeki yang udah lama aku nantikan iaitu 'anak'. Ameen..Korang doakan aku ni ye.

Friday 7 October 2011

Oppss..lamanya tak post

   Adeh bila dibuka blog ku ini lamanya aku tidak meng 'update' blog. Hm..nak kata busy memang busy tapi itu bukan alasan. Mungkin juga bolehla aku bagi alasan sebab ini post aku ka (so sesuka-sesuke hati lah). Akhir ini aku busy dengan life dan jiwa ku. Sampai diet ku pun tertabrak ke dinding yang mana ini juga alasan aku tapi papepun aku akan pastikan aku minum air secukupnya dan jangan makan sampai lupa pada dunia. Nanti aku akan post menu diet ku yang tertunggak untuk di post. Aku try juga nak ambil gambar sebelum makan tapi yelah kan itu bukan kebiasaan biasanya dah abis licin baulah teringat so tak kan nak ambil gambar pinggan atau mangkuk yang dah licin kan. Berkenaan life pula, aku busy dengan meeting dan buat kelas tambahan..ops dah tau la aku ni keja apa.hehehehe..Dalam minggu ini juga, kawan ku merangkap 'ketua ku' telah kehilangan ibunya. Sebak aku hatiku melihat jenazah ibunya. Padahal pada hari itu, kami sedang ada aktiviti 'makan2x'. Semasa aktiviti tersebut, beliau menerima panggilan telefon di hospital. Rupanya ibunya sudah 'pergi'. Kalau aku berada di tempatnya ada kemungkinan aku akan pengsan menerima perkhabaran itu taulah orang lemah semangat ni. Benarlah firman Allah swt, "Allah swt tidak akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan dirinya". So moralnya, hargai orang di sekeliling diri anda sebelum terlambat.
   Banyak benda yang mengubah persepsi aku tentang hidup pada minggu ini. Antaranya ialah pandangan dan tanggapan aku pada seseorang. Aku cuba sedaya-upaya untuk bersangka baik pada semua orang..(try very2x hard). Tapi terlalu banyak benda atau perkara yang menonjolkan keaiban orang. Aku heran manusia di sekeliling aku ini seumpama watak-watak cerita yang jahat dan baik di dalam drama dan movie. Kadang-kadang aku rasa dunia sedang bergerak pantas dan aku berdiri sambil memandang pergerakan pantas ini..pernahkah kamu rasa begitu???
   Aku benci pada manusia yang mukanya ada dua talam. Depan bukan main baik tapi belakang macam syaitan. Benci pada manusia yang sesuka-sesuke hati marah pada orang, perasan dia saja yang betul. Berlagak...Ya Allah, berilah hidayah dan petunjuk Mu pada orang2x ini. Jauhkanlah diriku dari sifat2x seperti ini. Ameen...
   Sekarang ini aku mesti positifkan diri. Aku mahu perubahan pada diri ini. Orang yang berada statik pada tempat yang sama akan sentiasa dalam kerugian. Tidak salah kalau sesekali kita keluar dari zon selesa semacam mana dalam artikel dalam Majalah Solusi (my fav majalah). Jadi untuk menyahut seruan itu, aku pun  mula mengikuti kelas tajwid dan petang ini kelas fardhu ain. Walaupun dah tau apa salahnya kita membuat 'revision' supaya lagi mantap pengetahuan kita. Kalo ikut biasa, petang2x ni bagus aku buat masak2x ke atau tido (rutin biasa). Aku rancang mo beli peralatan badminton untuk bersenam sebab ini adalah sukan yang aku minati dari dulu. Tapi kalau menonton pertandingan badminton tak pula minat..hehehe..Ye salah satu kaedah untuk dapatka anak yang doktor aku duk cakap selalu, "JANGAN STRESS". Akuni walaupun pegi melancong atau bercuti still juga stress so aku kena ubah mylife style. Still betul dan betul firman Allah swt, "Allah swt tidak akan mengubah nasib kaumnya melainkan mereka sendiri yang mengubahnya". So jom berubah...misi baru. Tak payah tunggu hujung tahun atau awal tahun baru nak buat azam. Buat hari ini juga, sebab langkah pertama adalah langkah yang paling susah mo dibuat..kalo duk bertangguh ja percayalah sampai bila pun takkan berubah..so chaiyo2x..

Sunday 25 September 2011

Menu diet Week 3

Actually malas nak taip. Aku rasa korang pun bosan nanti. Nanti aku try ambil gmbarla before aku makan something ye. I’ll try my best..
Day 1 :
Sarapan              - 1 nasi lemak telur
Makan tengahari      - ¼ pinggan nasi putih
                     - 2 ekor ikan kembung masak sambal
                     - ¾ sayur lamiding + nenas,
 sayur tuhau + bunga kantan + lada putih + daun kucai
- sambal belacan
Minum petang         - 1 biji epal hijau
Makan malam          - ½ fillet ikan
                     - ½ salad + kacang pea + limau nipis
                     - ½ sup cendawan
Day 2 :
Sarapan              - 5 sudu oat
Minum pagi           - 1 cawan susu
Makan tengahari      - 1 biji telur dadar + sayur kobis + sos cili
                     - 1biji pisang
Minum petang         - 2 keping roti + 1 biji telur mata kerbau + daun salad + tomato + mayo
Makan malam          - 2 sudu kecil nasi putih
                     - 1 pinggan sayur tauge + pucuk ubi kayu masak lemak
                     - 3 ekor ikan bilis
Minum malam          - 1 tongkol jagung manis
Day 3 :
Sarapan              - 2 keping roti bakar + jem buah + 1 pisang
Minum pagi           - 3 potong kecil nenas + 1 cwn susu + 1 almond london
Makan tengahari      - ¼ pinggan nasi putih
                     - ½  sayur timun cina
                     - 6 hiris timun + sambal
- 1 ketul kari ayam
Minum petang         - 3 potong sukun goreng
Makan malam          - ¼ nasi putih
                     - ½ sup bayam + terung masak sambal
                     - 1 biji telur masak kicap
Day 4 :
Sarapan              - oat + ikan bilis + kobis + 1 pisang
Minum pagi           - 1 potong kecil ketupat + 1 cwn susu + 1 cebis ayam rending
                     - 1 biji epal
Makan tengahari      - 1 mangkuk laksa
Minum petang         - 1 mangkuk sup suhun ayam
Makan malam          - 1 roti sandwich salad + tomato + mayo
                     - 1 sudu kecil nasi goreng + ½ sawi putih tumis
Minum malam          - 4 potong suku goreng + sambal tomato
Day 5 : Puasa sunat
Sahur                - 2 sudu kecil nasi putih
                     - ½ sayur timun tumis + 3 potong telur dadar
Sungkai               - ½ nasi putih
                     - ½ sayur kusai
                     - ½ timun + sambal belacan
                     - 3 ketul ayam masak merah
                     - 3 biji kacang tanah rebus
Day 6 :
Sarapan              - ½ mangkuk kecil nasi goreng + telur + sup kosong
                     - 1 cawan susu
Makan tengahari      -  ½ mangkuk nasi putih
                     - 1 cawan salad + 1 cawan timun + 1 cawan sayur kobis tumis
                     - 1 ekor ikan masak taucu
- sambal belacan
Minum petang         - 1 biji epal + ¼ roti jem kaya
Makan malam          - ½ potong ikan
                     - ½ salad + tomato + sos salad
                     - 2 potong kecil martabak, 1 ketul fishcake
Day 7 :
Sarapan              - ¼ pinggan nasi putih + sambal ikan bilis + 1 ketul pulut
Makan tengahari      - gado-gado
                     - 2 ptg betik
Minum petang         - 1 ½ mangkuk bihun goreng
Makan malam          - ¼ nasi putih
                     - sambal ikan bilis

Terfikir sendiri...

Kalau fikirkan agak lucu tajuk ini, memanglah kita ini berfikir sendiri mana ada orang tolong fikirkan. Banyak hal yang bermain di fikiran ini...semuanya menuntut untuk melakukan suatu perubahan. Perubahan yang besar dalam diri ini. Oye macam malas nak letak entry menu aku dua minggu ini. Bukan apa banyak sangat yang terbabas dari landasan but aku akan rajinkan diri ini untuk post juga. Bukan syok-syok tapi sebagai iktibar buat pembaca dan diri ini yang senang sangat terpengaruh dengan benda yang bernama ‘ MAKANAN’ yang kurang berkhasiat atau khasiatnya dah hilang. Benda pertama aku dah buat blog tentang perjalanan kerjaya aku. Actually aku try untuk cemerlang dalam kerjaya aku. Pernah ada satu buku motivasi yang aku baca, dia kata “ Kalau hendak naik pangkat, rancanglah dan majukan diri anda ke depan 2-3 tahun sebelum tarikh kenaikan pangkat itu. Buktikan yang kita mampu untuk menjawat jawatan itu. So aku tengah try my best. Aku tidak mahu berada di zon selesa ini dan aku tidak mahu juga aku bersara dengan langsung tiada apa-apa sumbangan dalam kerjaya aku ini untuk dikenang (bukan dikenang orang tapi dikenang diri sendiri). Itu plan aku, semacam mana masa aku kat U dulu aku tak nak graduate dapat ijazah semata-mata. Aku mahu ada pengalaman pahit dan manis untuk aku kenang semasa di U. Jadi aku pun libatkan diri ngan ‘Bakti Siswa’ buat program sana-sini. Buat kutipan dana. Jadi AJK MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Jadi fassilitator untuk Minggu Suaikenal. And lastly, aku libatkan diri dengan persatuan ‘course’ ku sendiri menjadi Setiausaha persatuan tersebut..so skang ni dah keje aku akan terkenang balik ke ‘busy’ an aku dulu.
Jadi skang ni aku rancang nak buat perubahan pada diriku dan kerjayaku. Aku tidak mahu terlampau selesa sehingga kita bosan untuk menjalani hidup ini. Hidup ini sentiasa penuh dengan kejutan. Kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancang ialah Allah swt. Aku merancang untuk berkahwin awal tanpa melalui proses percintaan yang lama, dah dapat. Cuma aku rancang untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat, belum lagi termakbul. Bertahun-tahun aku kecewa so sekarang ini aku bangkit dari kekecewaan. Allah swt lebih Mengetahui perancangan yang terbaik buat diri ini. Aku merancang untuk kembalikan badanku jadi berat badan ideal. Aku akan mantapkan kedudukan kerjayaku (sudah buat blog), aku merancang untuk mantapkan dan istiqamah dalam medan dakwah dan perjuangan (pun sudah ada blognya). Doakan aku ye untuk menjalani hidup di dunia yang fana ini. Oh satu lagi aku nak cuba berdikari tanpa bantuan suamiku...dalam erti kata lain aku nak jadi muslimah yang berdikari. J
Checklist diriku :
þ  Mantapkan diri dan istiqamah dalam perjuangan dakwah..
þ  Mantapkan diri dalam kerjaya..
þ  Dapatkan berat badan ideal
þ  Jadi wanita yang berdikari.
þ  Berusaha untuk dapatkan zuriat.Amin..

Thursday 22 September 2011

Menu diet Week 2

Alhamdulillah... dengan aku posa sunat Syawal ni berat badanku dapat diturunkan dan selera makanku dapat dikawal. Aku sendiri pun tak sangka aku boleh survive dari tak makan nasi minggu ni.Actually aku ambil dari http://koleksiinfosihat.blogspot.com tentang menu 5 day nak kempiskan perutkan dan aku ubah sikit-sikit ikut kesesuaian. Walaupun aku taklah strict ikut sangat tapi tak sangka you ukuran lilit pinggang kurang banyak jugalah. So kalo korang berminat pi lah blog tu ataupun korang pi kat favourite blog aku tu..so nanti bolehlah share ngan aku result korang ye. Email ja kat aku iaitu durrothunnasihah@gmail.com.

Day 1 : Mode Posa 6
Sahur    - 2 biji roti butterscotch
         - 1 cawan koko

Sungkai  - 1 mangkuk ketiauw tomyam  (lebih sayur + hirisan ayam)                                -          1 biji epal merah 
         -  1 gelas sirap lemon

Day 2 :

Sarapan       - ¼ cawan oatmeal

Minum pagi    - 1 gelas milo kosong suam

Makan tengahari  - 1 yogurt raspeberri
                 - ½ filet ikan+brokoli , kacang pea (kukus) +    sos lemon

Makan malam      - ½ mangkuk ketiauw tomyam (sayur+ikan)
                 - 1 biji epal hijau

Minum malam    - 1 potong suku goreng

Day 3 :

Sarapan        - ¼ cawan oatmeal

Minum pagi     - 1 cawan susu suam

Makan tengahari  - ½ filet ikan, 1 cawan sayur sawi, 1 biji kentang+ sos coselaw
                 - 1 potong tembikai
                 - 2 potong nugget ayam

Makan malam      - ½ mangkuk ketiauw tomyam (sayur+ikan)

Minum malam      - 1 biji epal hijau

Day 4 :

Sarapan          - ¼ cawan oatmeal + bawang goreng

Minum pagi       - 1 cawan susu suam

Makan tengahari  - ½ filet ikan+tomato+sos salad
                 - ½ kacang panjang tumis+tempe+cili merah

Minum petang     - 1 biji epal + 1 biji makmur + ¼ gelas air oren

Makan malam      - ½ cawan kacang merah
                 - 1 cawan kobis, 1biji tomato, ½ cawan kacang panjang, ¼ cawan sayur betik

Day 5 :

Sarapan         - ¼ cawan oatmeal + ikan goreng

Minum pagi      - 1 cawan susu suam, 1 biji biskut, 1 potong mancis kek belacan

Makan tengahari - ¾ pinggan sayur kucai + kacang panjang + lobak + udang
                - 1 potong ayam

Minum petang    - 1 biji epal hijau

Makan malam     - 1 biji kentang bakar + sos salad + ½ filet ikan
                - 1 mangkuk sayur cendawan + sawi putih + bunga kobis + kacang pea

Minum malam     - 3 potong ayam masak lengkuas
                - 2 ketul kecil daging
                - 1 sudu tempe + ikan bilis
                - 1 biji karipap + 1 pisang talame’

Day 6 : Kenduri akikah di rumah jiran

Sarapan         - 1 cawan susu suam

Minum pagi      - 2 biji karipap + 1 biji cantik manis
                - ½ pinggan brokoli + kacang buncis + lada besar + lobak + cili merah
                - sup suhun ayam
                - 1ketul ayam masak sos tiram, ¼ daging masak kuah satay
  - 1 potong kari kambing

Makan tengahari - ½ pinggan nasi putih
                - 2 potong kari kambing, 3 potong ayam, ¼ sayur (masakan sama di atas)

Minum petang    - 1 gelas jeli-jeli, 1 biji kuih cantik manis

Makan malam     - 1 potong ayam
                - 1 keping roti + jem buah-buahan

Day 7 : Kenduri kawan kahwin lah pula...

Sarapan        -1 mangkuk kecil sup suhun ayam + bergedil

Minum pagi     - 1 gado-gado (buang nasi impit)

Makan tengahari -3 sudu kecil nasi putih
                - ¼ pinggan sayur kobis + kacang panjang + cendawan
                -1 potong ikan masak taucu
                - ¼ daging lembu masak kuah satay
                - 1 ketul kari ayam + kentang
                - 2 ketul bergedil jagung

Minum petang    - 3 biji kuih jintan + 1 biji makmur + ½ gelas coke

Makan malam     - 1 ½ biji pisang + 1 cawan susu suam

Minum malam     - 4 ekor udang masak tepung, 1 kerang masak belacan


p/s : Hehehe..banyak juga terbabas ni. Kalo korang perhatikan aku kurang makan nasi kan..Aku pun tak sangka aku boleh kenyang walaupun tanpa makan nasi. So aku try lagi cuba nak ikut stick pada jadual dietku. Target nak kempiskan perut. Tapi ramai juga tegur raut muka ‘nampak kurus’ so apalagi bersemangat aku nak teruskan dietku ini..yes..goooooooooo!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday 20 September 2011

Menu diet Week 1

Tau dah mesti tak sabar nak tau menu diet aku..hahaha (dalam gelak yang ayu dan comel). Sebelum ini menu makan ikut suka aku tapi semenjak aku mula mencatat dalam “My Food Diary” aku jadi takut nak makan kenyang sangat. Niat aku yang tak tertunai dari dulu ialah aku nak ikut sunnah Nabi saw iaitu makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Actually aku takut sangat-sangat perut akuni jadi punca aku masuk ke neraka atau jadi punca terhalangnya aku masuk ke dalam syurga. Nauzubillahminzalik..takut...........

Day 1
Sarapan       – 1 cawan cocoa

Minum pagi    - 1 mangkuk kecil nasi putih
     -  2/4 pinggan terung masak lemak (my favourite)
     -  ¼ pinggan daging masak kemboja
     (my favourite  too..nyum..nyum)

Makan tengahari  - 1 potong tembikai susu

Minum petang     - 1 mangkuk kecil nasi putih                        
                 - 2/4 pinggan daging masak kemboja
                 - 1 potong ayamgoreng
                 - 1 potong ayam masak lengkuas (masakan bugis)
                 - kuah sup tulang

Makan malam      - 3 biji kuih tiram (atau lidah jin)
                 - 1 biji almond
                 - ½ gelas air sunquick oren

Minum malam      - ½ mangkuk kecil nasi putih
                 - 2/4 sayur cendawan+kusai (kobis panjang)
                 - 1 biji telur dadar+bawang besar
                 - ¼ daging masak kemboja

p/s : Kalau aku tak catat aku tak tau pun dahsyat gila aku makan...tak payah nak tipu-tipu, nak tipu siapa kan. Dah namanya catatan diary sendiri. Time ni masih mode raya dan Day 1 ni time aku baru nak balik dari kampung halaman.

Day 2 : Mood Posa 1 
Sahur          - 1 mangkuk kecil nasi putih
               - 2/4 pinggan sayur kusai+cendawan
               - 1 gelas cocoa

Sungkai        - 1 pinggan kecil nasi goreng (banyak sayur)+taucu
               - 1 ekor ikan masin (teringin nak makan)
               - 1 gelas coke (teringin nak minum)
               - 1 potong betik

Minum malam   - ¼ burger ayam
              - 1 biji cornflakes coklat

p/s: Aku memang jenis kuat minum air (kononnya hehehe...). Aku ada tumbler air yang 1L so aku akan pastikan aku habiskan dua botol air tersebut, selalunya memang lebih. Aku yang susah sikit nak makan buah, tengah nak biasakan diri.

Day 3 : Mood Posa 2 
Sahur      -2 keping biskut wheetmal (Jacob)
           -1 gelas koko
           -3 gelas air kosong

Sungkai    -1/2 mangkuk kecil nasi putih
           -2/4 pinggan kangkung masak taucu
           -1 ketul mancis ayam masak kicap
           -1 potong betik
           -2 gelas air kosong
           - 1/5 gelas air coke

Minum malam   -2 biji biskut almond/ coklat
              -1 potong betik
              -air kosong banyak-banyak

p/s: makin hebat..go..go..go..usaha lagi

Day 4 : Mood Posa 3 
Sahur        -1 mangkuk kecil nasi putih
             - ¼ kusai masak tumis
             - 2 ketul mancis ayam goreng

Sungkai      - ½ mangkuk kecil nasi putih
             - 2/4 sayur bayam tumis + lada padi
             -1 ekor ikan kucai
             -1 biji buah pear

Day 5 : Mood Posa 4 
Sahur        -1 mangkuk kecil nasi putih
             -1 biji telur mata kerbau + kicap
             -1/5 potong betik
             -1 cawan susu kambing

Sungkai      -1/2 mangkuk ketiauw tomyam ayam
             -air longan (4 biji buah longan)
             - ½ tin air kacang soya

Day 6 : Mood Posa 5 
Sahur        - ½ mangkuk kecil nasi putih
             - 2/4 pinggan sayur kusai + telur

Sungkai      - ½ pinggan wantan ho
             -1 gelas air limau nipis

Minum malam   -1 biji burger ayam

Day 7 : Mood Rumah Terbuka 
Sarapan      -1 cawan susu + 1 biji butterscotch + 10 biji anggur

Minum pagi(rumah 1)- 1 mangkuk kecil sup suhun ayam + 4 ketul kecil bergedil            

Makan tengahari    -1/4 pinggan nasi putih
(rumah 2)          - ¼ sayur kusai + tauge + lobak
                   -1 potong daging masak sup
                   -3 potong daging masak kicap

Minum petang       - ¼ pinggan nasi hujan panas
(rumah 3)          -1 ketul bergedil jagung
                   -1 cucuk sate ayam
                   -1 ½ potong daging masak kicap
                   - ½ ketul ayam masak sos tiram
                   - ½ potong nenas masak kari
                   - 3 ekor udang masam manis (saiz sederhana)

Makan malam        -1 mangkuk nasi putih
                   - ¼ pinggan sayur sawi
                   - ¼ sambal tempe + tauhu
                   - 4 biji anggur


p/s : Habis pecah dietku gara-gara rumah terbuka dan kenduri. Susah nak kawal diri. Muahahaha...rasanya ramai yang begitukan..Itupun ada lagi jemputan rumah terbuka lain. Maaflah tak dapat nak datang, perut kata "STOP".Aduh dahla esok timbang berat..habislah.Opss..ye masa-masa makan itu tidak mengikut masa yang sebenar. Itu lagi satu benda yang aku nak buat iaitu makan ikut ‘TIME’. Ini adalah menu aku 1 minggu ni, belum lagi kategori diet sebenar iaitu banyakkan makanan yang ‘HEALTHY’. Buah kurang dan sayur pun agak kurang.Chaiyo2x lagi buat diriku dan para pembaca yang sedang berdiet.