Friday 19 April 2013

STress..

 Assalammualaykum wbt..korang agak napa aku tulis title gitu?? sebabnya aku memang dalam keadaan stress yang mana sangat tidak baik buat aku yang tengah planning mo preggy ni. terlalu banyak kerja. terlalu banyak program yang aku kena handle..sampaikan bila aku sampai umah aku rasa sangat-sangat exhausted..next year aku akan minta kurangkan beban tugas ni tau.PENAT!!!!
 Ok lupakan pasal keja..ALHAMDULILLAH syukur sangat-sangat aku dah peod tanpa makan ubat just makan vitamin (shaklee) dan HERBALIFE (nak turunkan berat badan). Last peod bulan Disember 2012. Aku dah pakai LUMIGLOW yang mana sangat bagus untuk masalah hormon progestrone aku yang rendah..Aku belum lagi pergi ke pakar (asyik extend ja semenjak kes DAULAT di Lahad Datu). lagipun suamiku macam tak brapa mo kami buat IUI dulu. so aku ikut jelah kehendak suami dulu.suami nak secara natural dulu yela kalo menurut kata doktor aku ok, takda masalah selain haid tak teratur n hormon progestrone rendah..lagipun pakar sendiri kata susah nak buat IUI kalo peod tak stabil. susah nak tentukan waktu subur. buat pengetahuan korang yang baru mengikut blog ini, aku tak dibenarkan ambil clomid dah takut side effect pula. jadi aku sangat berserah sepenuhnya kepada ALLAH SWT untuk hasrat kami yang satu ini iaitu INGIN MEMPUNYAI ZURIAT KAMI SENDIRI.
 Aku heran sungguh, tahun ini aku dikelilingi oleh orang-orang yang mengandung. majoriti orang di sekeliling aku sedang preggy.mudah-mudahan berjangkit la..AMIN..agak-agaknya mungkin nak masuk turn aku pula..hehehehe..alangkah seronoknya kalo menjadi kenyataan.