Wednesday 30 January 2013

Semangat datanglah semula...

Aku macam tak bersemangat skang ni..ntah kenapa rasa lesu ja.mungkin juga stress...peod pun dah lewat..bila lah mo kluar ni. ooo...
 Aku jumpa dr pakar, bolehnya aku dah tunggu lama nak ambil nombor, orang terakhir masuk ke dalam bilik dr...dorang cakap salah letak appt..wa...patutnya aku kena jumpa dr pakar.tapi aku tak rasa marah coz petang tu konon nak ambil kunci rumah.rumah yang aku tunggu selama 5 tahun tak siap-siap..rumah tu dah dibayar dari tahun 2010 lagi tapi sampai skangni tak setel-setel. tu projek SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad milik sepenuhnya Menteri Kewangan Malaysia).ini lah masalahnya kalo melibatkan politik, kemudian tuan punya syarikat kontraktor bagi projek tu adalah seorang YB (ADUN)bagi parti ******* N******* (aku rasa korang boleh agak) di kawasan Tawau ni.tu yang orang marah sangat, sedangkan pembeli taman perumahan tu 99% adalah kakitangan kerajaan.main sap pada kontraktor lain, sampai projek terbengkalai..kecewanya kami tak boleh ambil kunci lagi gara-gara rumah ada banyak kerosakan. kami dapat OC bersyarat selama 3 bulan ja..yang heran macam mana boleh dapat sijil layak menduduki sedangkan BOMBA belum bagi kelulusan kerana 'partywall' (tak taula ejaannya betul ke tak) antara rumah tiada.bikin panas saja..
 Berbalik cita jumpa pakar tadi, dia suh buat test sperma en suami semula.ntah macam mana report dia yang dulu hilang dari fail.heran..so tunggulah story akan datang..
 Aku kurang sihat akhir-akhirni. aku rasa pening-pening macam nak tumbang ja.kadang-kadang sampai tak boleh nak solat macam biasa sebab bangun ja dari rukuk aku tumbang pitam.paling aku takut aku jatuh dalam tandas.coz bangun pagi ja, aku rasa pening.aku dah cek tekanan darah..ok normal.aku tryla stop pape yang aku makan skang ni.mula-mula habbatus sauda (pun bukan penyebabnya), SK Kishbun (bukan juga coz ni dah lama amalkan), ACV (pun tak juga coz dah lama berhenti masih lagi pening) so ntahlah..aku buat kesimpulan sendiri, aku stress kot.
 Pelajar-pelajar skang ni makin kurang ajar dengan cikgunya. biadab..parents dorang pun backing anaknya pula bila di kestau hal anaknya..tu yang anak makin kurang ajar..macam ada satu kes ni, budak tu selalu ponteng sekolah. maknya pun bela lah anaknya kata anaknya kat umah lah, baik lah, selalu terbangun lewat lah.budak tu pakat pula tu ngan mak dia bagi no tel palsu.adeh..dijadikan citer, mak nya datang setelah berapa bulan budak tu tak datang sekolah gara-gara anaknya di tangkap kerana syabu.masa ditangkap di cek air kencing positif dadah..ha..baru terduduk.buat parents di luar sana jangan terlalu sayang anak secara membabi buta..syang anak biar dia jadi orang yang berguna..cewah..

Saturday 19 January 2013

Perlukah???

 Ini post tertunggak tapi nak share juga.almaklumlah aku bz ngan kerja.imagine la pagi pi keje ngajar, balik petang dalam pukul 
1-2 kalo ada meeting pukul 3 petang..masak makan tengah hari then makan malam.malam pukul 7.00 ngajar budak tuisyen.wa...itulah rutin aku tiap isnin ke khamis.ele macam lah orang tak penatkan..kwang..kwang..kwang..
 Actually tu bukan real story, citernya gini..aku ada sorang worker ni, ada pasport ja.jadi masa isterinya dapat tahu pregnant anak ketiga, dia cadang nak gugur coz takut tak mampu.then my mama pujuk tak payahlah gugurkan.kalo tak mo bagi ja anak tu ngan kami (maksudnya aku la tu) lagipun kami belum ada anak dan mampu. masa tu memang kami bincang-bincang dan fikir so kami decide tak mo tapi kami sanggup tanggung belanja budak tu..(yela aku tak sampai hati nak pisahkan anak dari mak dia).jadi kami bagi alasan kalo baby boy kami akan fikir semula.dijadikan kisah, baru-baruni isteri worker tu bersalin dan anaknya baby boy..aku dalam dilema semula.aku rasa aku belum ready..coz kalo aku nak ambil aku nak jadikan budak tu anak susuan supaya senang tentang aurat di masa akan datang.aku tak tau brapa lama nak ambil hormon supaya boleh keluarkan susu...then aku dan en suami dah decide nak buat IUI.setelah berfikir untuk kesekian kali, walaupun aku rasa sayang (yela bukan selalu rezeki datang begini) aku menolak lagi tapi kami bagi duit belanja buat beli barang baby.aku tak mo aku ambil anak itu kerana aku nak supaya aku ada anak sendiri.aku risau kalo aku ada anak sendiri budak itu akan aku abaikan..aku tak mo berdosa..kan ANAK ITU ADALAH AMANAH.lagipun bagaimana penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak.sebelah aku memanglah dorang suh..tapi aku risau dan kesian pada budak itu pada masa akan datang..dorang masih boleh terima ke terutama dari keluarga pendatang (pendatang halal ye coz ada pasport) lagipun aku yakin rezeki ANAK ini akan hadir juga.yakin sesangat..AMIN...
 Teringat aku, dulu aku pernah handle ada budak sekolah mengandung luar nikah. dah kandungan 6 bulan baru nak gugurkan..dan dia masih pi sekolah..ingat ye, dalam pekeliling kita tidak boleh memberhentikan pelajar yang mengandung (heran pula pekeliling ni).so aku jumpa budak ni kat surau pujuk dia jangan gugurkan..budak ni tau aku belum ada anak, so aku cakaplah anak ini adalah rezeki dan amanah. Allah swt Maha Mengetahui kenapa Dia bebankan dengan ujian ini.kalo tak mo, tak payah gugur aku sanggup ambil..tapi ingat masa akan datang budak itu akan tanya siapa ibunya kerana aku tak akan merahsiakan statusnya..dan budak itu mesti tanya kenapa dia dibuang oleh ibunya sendiri..budak itu nangis lastly aku pun ikut nangis siap peluk-peluk lagi..lastly budak tu ambil keputusan berhenti sekolah dan dengar-dengar dia dah kahwin ngan BF nya, serta selamat melahirkan anaknya...baby boy. 
 Well doakan aku ye..AKU NAK ANAK KEMBAR..AMIN


Tuesday 8 January 2013

BERANI 2013

Hari Ahad lepas, suami ajak pi program BERANI 2013.pendaftaran mula pukul 7.30 am.kami bertolak dari umah 6.50 am.oleh kerana pasar minggu jadi jalan agak jammed, kami sampai kat tempat pendaftaran di Hotel Promenade tingkat 6 dh pukul 8 lebih.so tak dapatlah hadiah pendaftaran terawal.memang gila2X ramai orang.sudah daftar, kami beratur.akuni kalo ramai-ramai begini mula lah nak stress.tambah lagi belum sarapan.bertolak-tolak orang nak masuk ke dalam dewan.dahsyatnya keadaan itu.berebut-rebut orang nak duduk tempat depan.
 Tapi korang memang rugilah kalo tak pi.best giler..tak sedar dah pukul 1.30 pm dengan tak makan dari pagi, dengan langsung tak pi toilet, langsung tak minum air.tu semua gara-gara penangan dr Azizan tu.tengok kan betapa bestnya seminar tu.biasa aku ni satu jam ja mampu bertahan..aku join lagi program 'Workshop Aura' petang tu pukul 2.30 pm.sempat solat ja.nak tau pukul berapa kami makan, pukul 4.30 pm.macam puasa pula.tapi sungguh tak rasa lapar dan dahaga pun.tapi habis program barulah rasa penat gila..thanks a lot team dr azizan ni.dah lah bagi free ja program ni kepada orang di Tawau.rugilah kalo tak pi..so kami bercadang nak ikut program seterusnya walaupun berbayar sebab kami tau tak rugi..hehehe. "AKU KAYA DAN BERJAYA".First time, program yang aku menangis bersungguh-sungguh dan tanpa di tahan-tahan.habis tudung aku lencun gara-gara air mata ku.nak lap kat mana lagi.memang hebat..wa IMK i'm waiting for you.

Wednesday 2 January 2013

Tahun baru 2013

 Hari ini dah mula kerja..dalam sakit-sakit lepas operation tu, bila dah keje pandai lupa diri.dah sampai umah, makan ja terus tido.sakit kepala..plss jangan ikut perangai ini.tu yang makin debab.nanti kalo aku dah tak rasa sakit lagi aku cadang nak pi gym supaya 'fit' sikit badanku ini.ini jalan sikit dah semput..semput membawa lemak-lemak di badan..kwang-kwang..aku stop dulu makan habbatussauda coz bila makan time peod, darah tu keluar ketul-ketul.takut tengok..nanti sampai bila baru habis darah ni keluar kan..pas peod, luka dah sembuh kita chaiyo2x untuk dapat 'baby'..buat suamiku syukran jazakillahukhairan..sebab menjaga diriku sepanjang sakitni termasuk hantar pi keja.suami tak bagi drive dulu tunggu dah sembuh betul2x dulu.sayang...en suami.tak sangka kan dah 6 tahun kami kahwin..sekejap ja masa berlalu masih terasa saat kami diijabkabulkan dulu..tula penangan bercinta lepas kahwin.indah dirasa..udahlah melalut sudahni.
 Psss...aku dapat pelajar yang agak lemah tahun ni, mengeja perkataan pun salah-salah..macam manalah ni nak bagi dorang lulus SPM..uwa..ok datang itu semangat..fuh..fuh..buat kerja kerana ALLAh swt barulah kita rasa puas bekerja berbanding buat kerja kerana "ORANG", banyak ja rasa sakit hati..