Wednesday 30 January 2013

Semangat datanglah semula...

Aku macam tak bersemangat skang ni..ntah kenapa rasa lesu ja.mungkin juga stress...peod pun dah lewat..bila lah mo kluar ni. ooo...
 Aku jumpa dr pakar, bolehnya aku dah tunggu lama nak ambil nombor, orang terakhir masuk ke dalam bilik dr...dorang cakap salah letak appt..wa...patutnya aku kena jumpa dr pakar.tapi aku tak rasa marah coz petang tu konon nak ambil kunci rumah.rumah yang aku tunggu selama 5 tahun tak siap-siap..rumah tu dah dibayar dari tahun 2010 lagi tapi sampai skangni tak setel-setel. tu projek SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad milik sepenuhnya Menteri Kewangan Malaysia).ini lah masalahnya kalo melibatkan politik, kemudian tuan punya syarikat kontraktor bagi projek tu adalah seorang YB (ADUN)bagi parti ******* N******* (aku rasa korang boleh agak) di kawasan Tawau ni.tu yang orang marah sangat, sedangkan pembeli taman perumahan tu 99% adalah kakitangan kerajaan.main sap pada kontraktor lain, sampai projek terbengkalai..kecewanya kami tak boleh ambil kunci lagi gara-gara rumah ada banyak kerosakan. kami dapat OC bersyarat selama 3 bulan ja..yang heran macam mana boleh dapat sijil layak menduduki sedangkan BOMBA belum bagi kelulusan kerana 'partywall' (tak taula ejaannya betul ke tak) antara rumah tiada.bikin panas saja..
 Berbalik cita jumpa pakar tadi, dia suh buat test sperma en suami semula.ntah macam mana report dia yang dulu hilang dari fail.heran..so tunggulah story akan datang..
 Aku kurang sihat akhir-akhirni. aku rasa pening-pening macam nak tumbang ja.kadang-kadang sampai tak boleh nak solat macam biasa sebab bangun ja dari rukuk aku tumbang pitam.paling aku takut aku jatuh dalam tandas.coz bangun pagi ja, aku rasa pening.aku dah cek tekanan darah..ok normal.aku tryla stop pape yang aku makan skang ni.mula-mula habbatus sauda (pun bukan penyebabnya), SK Kishbun (bukan juga coz ni dah lama amalkan), ACV (pun tak juga coz dah lama berhenti masih lagi pening) so ntahlah..aku buat kesimpulan sendiri, aku stress kot.
 Pelajar-pelajar skang ni makin kurang ajar dengan cikgunya. biadab..parents dorang pun backing anaknya pula bila di kestau hal anaknya..tu yang anak makin kurang ajar..macam ada satu kes ni, budak tu selalu ponteng sekolah. maknya pun bela lah anaknya kata anaknya kat umah lah, baik lah, selalu terbangun lewat lah.budak tu pakat pula tu ngan mak dia bagi no tel palsu.adeh..dijadikan citer, mak nya datang setelah berapa bulan budak tu tak datang sekolah gara-gara anaknya di tangkap kerana syabu.masa ditangkap di cek air kencing positif dadah..ha..baru terduduk.buat parents di luar sana jangan terlalu sayang anak secara membabi buta..syang anak biar dia jadi orang yang berguna..cewah..

No comments:

Post a Comment