Wednesday 27 November 2013

Hari yang memenatkan

Well..well..hari ini pas solat subuh aku tido balik (which is sangat tidak bagus, nanti rezki dipatuk ayam petikan kata2 dari filem ketika cinta bertasbih..best filem tu).then aku terbangun bila dengar anak buahku menangis coz ibunya nak pi keja (lupa nak gtau aku stay umah mentua coz my en suami pi jaga exam..isk2x).salah satu sebab kenapa kami lambat pi bercuti.then aku pun bangun tido la..takkan nak tido balik kan..so melayan karenah 3 orang anak buahku tu yang sangat kecoh (maklumlah semua pompuan jadi mulut tu masyaAllah macam bertih jagung, suma benda ditanya).dorang minta ajar buat perahu la, kapal la n mulut itik daripada kertas yang ntah dari mana dorang pi rembat.sabar jela.dalam pukul 10 lebih gitu, en suami balik terus ajak balik umah.aku baru ja berkira2 nak masak tengahari di umah my MIL.dah siap potong2 sayur.so tinggalkan jela pesan ngan pengasuh bebudak tu suh sambung buat keja.actually en suami nak pi tempat kejanya nak pi kira stok so dia ajak skali.mula2 pi makan tengahari dulu...yippie tak payah masak.walaupun aku dah menapau sayur2 dari umah my MIL.oppss lupa nak gtau my MIL tu pekebun sayur n merangkap penjual sayur.sebab tu aku suka tapau sebab sayur masih fresh..dipetik dari kebun.pas makan, pi solat.then mula kerja mengira stok.gila eh.dari pukul 1.30 hingga 4.20 pm.penatnya...macam nak patah pinggang aku..oleh kerna kepenatan aku rasa lapar gila so en suami belanja makan mee goreng n milo ais (sangat tidak bagus untuk diet pcos aku, tu yg susah nak makan di luar).then time ondeway nak balik umah, nampak orang jual pau.beli lagi pau ayam.wa....kenyang gila.sampai umah terus tertido sampai maghrib gara2 kepenatan yang melampau..kesimpulannya hari ini aku penat..stress eh air xda lagi kat umah.sabor jelah.

Tuesday 26 November 2013

I'm back

Cuti dah berapa lama baru ada masa nak meng'update'.pemalas bebenor...aku cuma buat blogwalking dan fb walking (ada ker perkataan atau sesajer ko buat perkataan baru).sebenarnya aku xbrapa reti nak meng'update' dengan menggunakan ipad.taula orang kampung ni yang terperuk nun jauh di pedalaman sabah..wassap tak reti, twitter tak reti, ntah pape lagi yg terkini.cian kan...(buat muka sedih korang ye).ok, time ni aku try menaip guna laptop en suami..tapi aduhai bikin sakit jiwa dengan kekunci backspace nya yang dah bengong..so abaikan gara2 nak meng'update' blog kesayangan ku ini.(sayang ke entahlah..buat muka konpius)..so walaupun dah cuti tapi banyak gila kerja sekolah yang perlu dibuat dan dilaksanakan sampai aku sampai jemu nak buat..nak tengok pun dah malas.orang cuti is cuti, akuni cuti pun kerja (macam dapat gaji ot ja padahal langsung takda).korang pun tau kan beban kerja guru kan (sapa kata kerja guru ni senang, weekend langsung tak cuti pun turun juga pi sekolah).end pasal kerja.. 
psst..baru2 ni aku dibawa pi berurut oleh en suami.oleh kerna en suami nak berubat cara tradisional, aku turutkan ja.tentang IUI tu, ingat nak mula tahun depan.bak kata bidan tu, rahim ok normal (sama macam kata doktor).ntah napa belum mengandung, bidan tu kata (dalam hati aku itu kan urusan Allah swt).cuma bidan tu kata gerak darah (kalau bangsa sebelah suami namanya sando) macam lemah dan kadang2 takda langsung.aku tanya gak pe tandanya tu, so bidan tu pun kata itu tanda rahim kurang subur.dalam hati aku mula menangis, macam2 aku pikir masa bidan tu duk pegang2 perut aku.tapi macam tau2 ja bidan tu, dia kata lah ada juga yang boleh mengandung, insyaAllah.usaha dan terus usaha..tenang sikit hati akuni.so aku tekad dalam hati, aku akan lawan penyakit PCOS aku ni (masalah hormon progestrone rendah)..aku akan lawan...sampai aku berjaya.memang banyak juga laman web pasal pcos ni aku baca n aku cuba ubah diet pemakanan aku mengikut acuan sendiri (yela manalah tekak lalu kalo hari2 western food, en suami bukan suka pun).tapi aku perasan en suami slalu belikan aku roti wholemeal tanpa disuruh kalo dulu bukan main liat lagi nak belikan.ini dah belikan tanpa disuruh, dia tau isterinya ni sedang berdiet untuk melawan penyakit supaya boleh mendapatkan zuriat.terima kasih en suami..(luv u till jannah, insyaAllah).insyaAllah aku akan cuba update pemakanan dan vitamin yang diambil.k chaiyo2x..jom kita layan gambar anak buahku yang baru lahir tahun ni..huhuhu aku juga yang belum bertambah ahli keluarga..k jangan sedih2x..lap air mata tu,,,bina semangat baru.
Anak sulung adik lelaki aku Muhammad Hanif Zikri bin Mohd Syahri


Anak ketiga adik perempuan aku (belum ada nama, baru lahir hari ini)
Cumil kan...sabar ye nantikan kedatangan ummi kamurang yang jauh ini..ish tak sabar nak gomol2x pipi budak 2 orang ini..ini sebelah keluarga aku.sebelah en suami pun ada 2 adik iparku yang sedang mengandung.mungkin sama nanti due nya tu.yang sorang tu dah ada anak kembar perempuan (anak sulung), yang sorang lagi tu baru kahwin bulan 6 tu..
Adik ipar bersama my FIL dan MIL

Sunday 10 November 2013

Badminton Tournament

 Akhirnya..ada juga masa untuk aku update blog yang dah bersawang ni...kui..kui..kui..malas betul tuan punya blog ni. K terus pi titik utama..hari Sabtu (kelmarin) tempat keja ku buat pertandingan badminton antara dua sidang..ikutkan hati aku memang tak nak main.dah lama aku tinggalkan game badminton ni..tapi dipujuk2 so hati kecil aku bersuara 'why not, try jela'.dipendekkan cita aku setuju...
 Masa hari kejadian, aku rasa kurang sihat..gara2 aku ambil ubat allergik siap cucuk jarum lagi pada hari Jumaat tu..sebab gatal sangat dan tak tahan..tapi yang tahannya ubat tu buat aku rasa mengantuk sangat sampai aku tak masak makan malam encik suami.pas solat maghrib ja tido then suami kejut solat isyak..solat isyak tido lagi..bangun subuh, tido lagi.bayangkanlah keadaan aku pi main badminton tu.masa pi tu aku sempat minum air madu campur oat ja.tak sempat nak shake.ingat nak beli roti tapi kedai pula belum buka..yela baru pukul 8 kan.so aku minum teamix ja.Alhamdulillah boleh juga main beberapa round..mula2 main memang malas nak bergerak..(buat pengetahuan korang, aku raket pun xda harap pinjam ngan orang ja..kui..kui).
 Pertandingan ni secara bergu dan kalah mati..so kemenangan akan menentukan kemenangan sidang pagi atau sidang petang.aku geng sidang pagi..round bergu perempuan, kami kalah..tapi dalam bergu campuran kami menang (tak ingat matanya, aku peraturan pun xtau..kui..kui..)pas main pertandingan..main lagi sesaja nak keluarkan peluh..(ish ko ni mula2 xnak main, bila dah main terus lupa diri). Tapi aku rasa best sangat dapat keluarkan peluh..sangat2 best.korang trylah nanti..walaupun aku tau esok mesti sakit otot punya..(memang sedang sakit ni time tengah menaip, almaklum lama betul  ber'exercise'). pas main, ada sesi makan2.nasib baik makan mihun goreng.tapi siap ada ayam goreng.wa..tak tahan.makan...balik umah tak makan dah.itu kira merangkap makan tengah hari dah.
 Kesimpulannya (ada kesimpulan pula kali ni), korang kena paksa diri buat senaman kalo nak sihat dan fit.ini baru naik tingkat 1 dah semput..bila dah buat memang akan rasa badan segar kerana darah dah beredar dengan baik.tapi mulakan dengan beginner jangan terus bantai macam orang dah expert nanti langsung tak terbuat dah.amalkan wasatiah dan istiqomah..barulah ada 'feel' dalam hidup ini..shh..aku pun tengah cuba praktikkan kata2 ini.well tiada istilah terlambat untuk berubah, yang penting mulakan dari hari ini..so I WANT TO BE A POSITIVE PERSON...chaiyo2x...
p/s: sorry xda gambar, kalo ada nanti diupdate..:)