Friday 16 March 2012

Yeyeye cuti..

Perancangan masa cuti..memang kelam kabut gila.aku kena setelkan kerja yang menimbun..semak kertas ujian, hantar online pape yang diminta, buat stok n inventori dan macam-macam lagi..At last, hari yang ditunggu-tunggu iaitu CUTI..tiba-tiba ja encik suami tukar plan. kami bertolak hari Sabtu. mula-mula ke Sandakan. aku rindu nak makan ikan n sotong bakar di Pasar Sim-Sim..maaflah sidang pembaca, aku tak sempat ambil gambar kerna pertamanya kami dah lapar gila coz makan tengah hari dah pukul 4 petang, keduanya kamera takda.huhuhu..aku memang plan nak beli kamera ni.
Oleh kerana malamnya aku lewat balik umah dari mengaji, aku packing barang nak balik kampung paginya. Start dari lepas subuh sampailah ke pukul 9 pagi aku mengemas. Lama giler..siap-siap suma pukul 10.30 pagi baru bertolak ke Sandakan.itu yang pukul 4 petang baru makan. Kami bermalam di Hotel Libaran walaupun kami tak dapat bilik yang kami booking. kami nak katil queen tingkat 1. skalinya dibagi katil twin single.okla daripada kami tak dapat bilik lagipun hotel tu dah fully book. kami dapat harga RM 70. Mana nak cari kan??
Keesokan harinya selepas sarapan pukul 9 pagi kami bertolak ke Kundasang. menginap di Cottage Hotel. Bayaran RM 115 skali ngan sarapan. okla not bad. biliknya kecil tapi selesa sangat.




Then after makan semangkuk ketiauw tom yam kami pergi berjalan-jalan. Konon nak pi ladang cendawan. sekalinya jalan-jalan sampai la ke dairy farm. apalagi singgahla.banyaknya keta di sana.rupanya ramai yang tunggu lembu mo diperah susunya.macam tau-tau ja lembu tu..dengar suara-suara sumbang di belakang kata lembu ni pi sekolah sebab tau beratur..so manusia-manusia di luar sana..jangan jadi lebih teruk dari lembu,lembu pun tau berbaris dan beratur..fikir-fikirkan.



Lembu-lembu sedang meragut rumput..kui..kui..


Saujana mata memandang kan..best utk ubat rabun..slalu-slalu tengok benda hijau yek..



Lembu-lembu sedang berbaris untuk diperah susu.

Selepas dari sini, kami singgah ke pasar sayur tepi jalan, bukan nak beli sayur tapi nak beli buah..cari-cari lastly pilih buah naga dan buah longan..ok la tu kan.



Gambar encik suami pose depan pasar sayur, kena pandai cari and round dulu sebelum beli ye.

Then lastly my fav, bunga ros tapi nak membelinya...hm..fikir-fikir membazir.lebih baik aku beli pokok atau sayur dari beli bunga lastly layu..kwang..kwang..



Monday 12 March 2012

Welcome 2012

Salam semua..dah bersawangnya upanya blog ku ini. Lamanya aku tak update. Malas+takda line broadband kat umah (almaklumla kawasan kampung)+busy+demam selsema. Wa..banyaknya alasan. Actually aku busy bila dah mula keja ngan meting..ngan jadi guru kelas..ngan jadi ketua panitia..aiseh taula aku keja cikgu kan.Pastu minggu kedua aku kena selsema.napala tak kena time cuti. oleh kerana aku berazam untuk tidak ambil mc tahun ini (aku simpan manalah tau aku pregnant tahun ini, aku mc la kalo aku morning sickness yang teruk)uish perancangan..tapi yela kan kita hanya merancang Allah yang menentukan dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah swt.
Walaupun dh bulan Mac baru nk update..aku akan citer plan aku tahun ini:


  1. Aku nak jadi isteri yg solehah n anak yg solehah
  2. Plan mo dptkan anak
  3. Plan mo kuruskan badan (aiseh) utk kesihatan
  4. Plan mo tambah pengajian kelas agama (setakat ini baru join kelas tajwid, kelas fardu ain n kelas fekah)
  5. Plan mo join kelas masakan
  6. Plan mo berpakaian muslimah selengkapnya (berdakwah melalui pakaian) sebelum ni asyik pakai t-shirt labuh n seluar track ja. so kali ini nak biasakan diri pakai jubah..doakan ye.
  7. Lastly konon2 plan pindah rumah baru n decorate it.
Wa..banyaknya plan..doakan aku ye..agar semuanya tercapai.