Monday 28 November 2011

Honeymoon kami..

 Alhamdulillah sekarang ini sudh cuti sekolah. So aku pun mengambil kesempatan untuk pergi 'honeymoon' kat semporna. Tempatnya di Dragon Inn Floating. Aku suka sangat dengan pantai. Jadi bila encik suami kata nak bawa honeymoon kat floating semporna. Aku pun terus setuju. Actually ini honeymoon kami yang entah ke berapa..Semalam ja kami di sana. Tempat makan kena pandai cari lah. Pekannya kecil ja..Hari pertama sampai kami makan di kedai mamak. Sungguh tak puas makan coz harapan ku ialah pi kawasan yang kaya makanan laut, at least dapat bantai seafood la kan. Malamnya barulah kami makan di anjung selera tepi laut. Barulah thrill. So kalo nak tau lagi pasal semporna ni Google ja..banyak informasi nya tu. Aku perasan ramai orang dari semenanjung pi semporna masa ni. Opps pesanan. Hati-hati pilih kedai makan satu, takut mahal gila terkejut korang nanti and satu lagi kehalalannya coz banyak kedai makan yang tauke nya Cina and belum tentu halal walaupun "SERVE NO PORK". Setakat inilah dulu encik suami dah macam cacing kepanasan nak balik umah skang ni aku kat Restoran Sri Keningau..Chow dulu. Wassalam..






p/s: Gambar diambil dari www.etawau.com

Tuesday 22 November 2011

PERUBAHAN...

 Setiap manusia hendaklah sentiasa berubah dan semestinya perubahan itu hendaklah ke arah kebaikan ye..bukan ke arah kejahatan. Aku cuba nak positifkan diriku..tapi tak dapat2x. Lastly aku mendekatkan diri pada Allah swt. Alhamdulillah aku semakin tenang. Hilang semua perasaan moody2x seperti mo marah2x ke, mo nangis2x ke, mo rasa bosan2x ke dan etc.
 Aku bukanlah orang yang terbaik dalam memberi nasihat tetapi aku pasti ramai yg sedang dilanda kemurungan dan kegelisahan seperti aku di luar sana. Memanglah kamu akan kata "ala cakap senanglah". Tapi aku aku dah buat barulah aku cakap so "DON'T ARGUE."
 Aku cuba untuk solat malam setiap hari. Apa yang aku buat hanyalah solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. Zikir tidak lepas dari hati dan mulut..dan baca Al-Quran..YA ALLAH, tenangnya jiwa ini..betul ni. Korang cubalah..Tapi janganlah dok kejar solat sunat, solat wajib terbabas hancur remuk ke dinding pula. (Kenapalah pula akuni suka betul istilah terbabas ke dinding).
 Kalo belum cukup lagi lima waktu solat tu, pastikan cukup dulu kemudian barulah kejar yg sunat dl. Buatlah sedikit2x dan pastikan berterusan daripada buat banyak kemudian langsung tak buat..Allah swt lagi suka pada perbuatan sunat yang sedikit tapi istiqamah. Akan tetapi kalolah kita nampak rahmat Allah swt umpama guni-guni yang berisi emas gerenti punyalah berebut-rebut kita melakukan kebaikan..
 About my healthy pula, 2hb Dis ini aku akan mengambil ujian darah untuk hari ke 21 period untuk tengok level hormon progesterone aku pula. Hopefully sumanya sihat dan baik2x belaka. Doakan aku ye..ameen...

Monday 14 November 2011

FINALLY...

  Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun telah tiba iaitu aku period tanpa makan ubat doktor. i'm waiting for 'her' for almost ten month. kalo preggy dah beranak pun..so skang ini perancangan untuk berusaha pregnant.doakan aku ye.ameen..
  korang mesti nak tau aku buat macam mana kan??? actually aku pun tak tau yang mana satu berkesan. aku mengamalkan jus kismis as-syifa keluaran muslimahshop. aku pi berurut. aku amalkan susu kambing keluaran mitra dan makan telur ayam kampung campur madu dan lada putih (waktu subuh sahaja ye). aku amalkan makan tauge dan sengkuang...dan aku makan herba cina untuk regularkan period..so tak tau yang mana satu..cuma pesan apek yang jual ubat itu : kalo nak mengandung, tinggalkan makan jeruk-jeruk asam, jangan makan benda-benda sejuk dan tajam. paling dia tekankan jangan suka minum ais atau makan buah yang dari peti sejuk supaya rahim tidak sejuk..apapun apa salahnya kita mengikut nasihat orang tua yang berpengalaman kan..

Tuesday 8 November 2011

Cermin berkaca-kaca

Hm..tiba-tiba terlintas di fikiran untuk tajuk ini. Dalam maksudnya tu..susah untuk aku gambarkan hidup dan keadaan diri aku sekarang ini. Macam yang selalu diet aku terbabas ke dinding sudah tergolek masuk ke dalam tong sampah..Sedih dan kecewa untuk diriku. Tambah lagi aku macam mo peod ni. Aku kuat betul makan. Tapi actually aku macam pening-pening sikit. Sakit breast macam berdenyut-denyut saja rasanya. Belum lagi sakit pinggang. Ntah napa ye. Kalo nak peod, ALHAMDULILLAH..aku sudah lama menunggu kedatangannya. Cuma ada satu misi yang agak tertunai sekarang. Benda yang aku impikan sebelum aku kahwin iaitu solat berjemaah lima waktu dengan suamiku. Walaupun tidaklah sepenuhnya lima waktu, selalunya waktu yang jarang kami berjemaah adalah waktu zohor. Waktu lain terutama waktu subuh sudah boleh berjemaah. Syukur sangat-sangat dengan rezeki kekuatan dan masa yang diberikan.Buat suamiku,jadikan ini solusi kita bersama ye..Jadikan cinta kita ini sebagai jalan untuk mendapatkan keredhoanNya..Ameen.

p/s : Gambar ini ambil dari google. Mohon ambil ye tuan punya gambar..