Monday 19 December 2011

Trip to Sipitang --> Meligan

 Pada tanggal 16hb Disember 2011, aku + my encik suami with my sister and brother tetiba jer buat paln bergerak ke Meligan. actually dh lama rancang but mama ku itu kononnya nak ikut tapi oleh kerana my sister yang sorang tu pregnant 7 months gitu so mama ku itu batalkan hasratnya untuk ikut serta. yela cian kat adik aku tu dah husband jauh nun kat Labuan, ada lagi sorang anak nak diurus.org kata kalo baby nak dpt adik dia akan meragam.memang pun dia tengah meragam but aku tengok n perhati perangai anak adik iparku sama ja meragamnya sama ada nak dapat adik atau dah dpt adik. mungkin dia rasa kot perhatian org sekelilingnya itu dah makin berkurang kat dia.mummynya pun tak berapa nak layan feel dia tu yang rasa jauh hati.ada ke korang gitu..ntahla banyak betul andaian yang dibuat, tapi apapun Allah swt menciptakan setiap orang anak itu mempunyai ragam yang berlainan so tahniah all the parents and becoming parents yang dapat bersabar dengan karenah anak-anak ini. semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..
 Okies berbalik cerita trip ke Meligan itu, kalo ikut sebenarnya aku dah malas nak pi dh nak tido petang pn. (actually beberapa hari ini aku tak sedap badan, rasa lemah, lenguh n duk sakit kepala ja..buat pengetahuan u all i'm waiting for my peod dh agak lewat ni). yela bila ditanya jadi ke nak jalan, jawapnya ntah, mana je, tak tau..lastly aku buat andaian tak jadi.tetiba je dalam mata nak terlelap encik suami meluru masuk ke dalam bilik bagitau jom jalan..wah mau tak kelam kabut aku mengemas barang. prepare baju untuk malam, pagi esok n untuk mandi-manda kat sungai.wa..berangannya aku ni. kami pun bergerak dalam pukul 4pm.singgah beli makanan untuk makan malam dan sarapan.tempat yang kami nak pi adalah merupakan kawasan pedalaman Sabah.mana ada shopping kompleks ke restoran ke sedangkan kedai runcit dan gerai makan pun susah nak cari. aku tak berani kata tak ada pula.kot-kot korang jalan masuk ke Meligan korang jumpa kedai runcit n gerai makan, korang tuduh aku tipu pula. Pesanan kalo nak pi Meligan naik keta yang ada 4 wheel ye.takut-takut terbenam kat dalam lumpur. adik aku citer gak dh berapa keta masuk gaung (keta pacuan 4 roda pula tu) dan lori terbalik sebab jalan licin.
 Time nak pi tu, punyala excited until jumpa jalan 'grabel'. 2 jam kami jalan grabel tu. belum lagi kes bertembung dengan lori balak yang mana aku rasa macam nak terjatuh kena kat atas keta kami ja..ditambah lagi, sudah separuh jalan line hp tiada. tak ada lampu jalan (cnfirm la tak ada masuk dalam hutan tu).memang adventure la.masuk lagi kawasan berlumpur mujur tak terbenam ja tayar keta. adik lelaki aku sikit lagi makan lumpur mujur tingkap tak diturunkan. sampaila kami jumpa satu kawasan ni bukan main sejuk..my sis kata macam kat korea (memang hantu korea dia ni).




Ni yg pki spek mata my lil brother iri.



Ni my sister ilah n ain. Kat bawah my brother awang yang mana mengajar d Sk Meligan (org yg sm dalam gambr di atas yg buat peace belakang iri).





Jeng..jeng..jeng..ini pula gambar aku bersma encik suami. (Hm..sungguh besar..)




Nampak kan backgroundnya tu macam berasap actually tu bukan asap tapi kabus (p/s : terdapat di kawasan tanah tinggi biasanya). Ops ye korang mesti tertanya-tanya kenapa kami tak pakai baju sweater ke baju sejuk ke.. actually kami tak tau pun sejuk gila begini kalah kundasang n aku memang tak sempat capai selimut ke atau pape kain untuk memanaskan badan kami. korang pun notis kan baju aku tu macam baju nak pi kebun malah aku sempat pakai selipar jepun je. (gambar dah di edit agar tidak nampak kaki..aurat).


Kami sampai kat Meligan pukul 7 malam. Sampai ja kami disambut oleh guard sekolah. kami stay kat umah guru adik aku tu. adik aku tingggal ngan kawan dia.oleh kerna cuti sekolah so takda org la. dipendekkan citer, sampai ja aku n my sister sibuk bersihlkan umah n masak untuk makan malam. adik lelaki ku panggang kepak ayam. aku masak mee goreng, oleh kerna adik lelaki ku yang disuruh membeli terpaksala aku masak mee goreng campur telur n carrot n sosej..lantaklah janji boleh makan. adik aku ain tu dh kelaparan gila, ntah berapa biji limau mandarin dia telan belum campur roti duk tunggu kepak ayam masak. encik suami pun sampai tertido2 tunggu makan malam. aku sempt mandi n solat qasar n jamak. then masa yang dinantikan pun tiba. makan time.suma senyap ja time makan menunjukkan lapar gila apa tak nya makan malam pukul 9 malam. menu mee goreng, telur dadar campur, kepak ayam n sosej panggang, air milo panas.okehla tu. Malamnya aku lah org tido paling awal coz sakit kepala tapi terjaga pukul 2 sbb hidung tersumbat n berhingus..adeh..ntah pukul brapa aku tertido balik sampai terjaga subuh pukul 6.48am.masya Allah..trus bangun solat. paginya kami rancang nak mandi sungai tapi tak jadi pertama kerna hujan, kedua kerna air sungainya warna merah, ketiga kami takut tragedi meligan berulang dan keempat kami nak balik cept.kalo korang nak tau tragedi meligan tu search ja kat youtube n taip tragedi kat sungai meligan.so kami jalan-jalan jela melawat sekolah SK Meligan.aku macam tak sangka ja kat tengah-tengah hutan belantara ada sekolah rendah.tu kami belum jalan pi area yang mana namanya dengan Long..lagi pedalaman..dalam pukul 11.30 am kami pun balik.bye..bye Meligan tempatnya cantik, penuh dengan hutan, kebun-kebun orang, bukit bukau, sawah-sawah padi, penduduk kampungnya yang ramah..sempat kami singgah kebun sayur org kg beli sayur kubis dan terung. harga kubis panjang 1kg RM 2.50 dan terung 1kg RM 2..smpai rumah trus pi dapur cari mum..mum..kelaparn uh kena 'massage' dalam keta lalu jalan 'grable' tu.

Monday 5 December 2011

Berbekam..takut?????????

 Actually aku tak sangka pun aku akan berbekam. actually kol Kak Zaini tu untuk encik suami coz dia selalu mengadu pening-pening. tapi apabila sampai sana akak tu cek tangan and mata aku. nah...terus dia suggest rawatan.aku pun blur..blur..pun iya-iya jela. buat pengetahuan korang, aku ni sangat penakut dengan jarum and dilukakan..takut sakit konon.hehehe..so aku buat rawatan kryp untuk sakit tulang belakang ku ini (memang aku selalu sakit pinggang terutama kalo dah lama berdiri or jalan jauh, tak tahan), rawatan akupuntur (untuk nak dapat anak)---> teringat cerita di mana si jangeum yang salah mencucuk perut guru tabibnya menyebabkan gurunya sakit..terus dup dap dup dap jantungku.tapi actually tak sakit pun macam kena gigit semut ja kecuali yang di kaki ja.memang sakit. bab berbekam pula..actually tak sakit time dilukakan oleh jarum coz kulit dah kebas masa itu (dipam kulit kita tuh). cuma bab aku tak tahan bunyi tembakan jarum di badanku taulah aku punya otak fikir bukan-bukan ja.hehehe..aku berbekam di kepala, di leher, di belakang badan, di pinggang dan di kaki.best sebenarnya kalo kat kepala tu. tambah lagi aku ni memang ada migrain, time di pam tarik tu hilang sakit kepalaku. part yang paling best, bila korang bangun pagi esoknya suma sakit badan dah hilang dan badan terasa ringan ja.syok betul..malam pun tido lena sampai terbabas subuh kami (suami isteri) pukul 5.40 am. dahsyatnya..tu subuh dinosaur dah. badan tu rasa macam di urut cuma bezanya kalo diurut besoknya ada rasa sakit-sakit badan tapi berbekam rasa ringan badan. aku suggestla kalo yang ada sakit belakang tu (yang pernah jatuh terduduk time muda-muda dulu) buatlah kryp sedap sangat bila dengar bunyi prak..prak..dan tak sakit pinggang lagi..he..k la chow dulu ye.lain kali citer lagi..

Saturday 3 December 2011

Tawau --> Kota Kinabalu --> Sipitang

 Tanggal 3hb Disember 2011 kami bertolak dari Tawau pada pukul 6.15 am jalan. Hmm helo kat Sabah nie  waktu Subuhnya awal. Pukul 4.50 dah Subuh. kira lewatla tu perjalanan kami, plan awal pas Subuh ja dh gerak. Tapi almaklumlah. aku busy panaskan ubatku (akar-akar kayu), encik suami mencuci penapis air RO Elken tu. taulah kalo kami jalan confirm punyalah takda sapa yang cuci coz tak mahir. Perjalanan Tawau ke Kota Kinabalu @ KK memakan masa kira-kira 9-10 jam. itupun kelajuan biasa dalam 90-100 kmj. tak boleh nak laju pun sebab jalannya yang teruk. minta sangatlah ngan kerajaan perbaiki jalan itu. memang ada yang dah dibaiki tapi masih banyak lagi jalan yang runtuh. itu belum kira lori-lori yang menghalang kelajuan 90kmj. yelakan kalo dah lori pun bawa 40-60kmj macam mana nak bawa laju.jalan pun hanya ada dua hala je. kami singgah breakfast kat kunak then singgah 'buang air' kat sandakan. mula-mula tu suami kata nak singgah kat kundasang. tapi penuh even yang mahal pun penuh almaklumla cuti sekolah dan 'weekend'. so kami teruskan perjalanan ke KK bermalam di hotel Tang. tu pun hanya ada bilik family. wokehla ambil ja satu malam RM119. murah kan..ada 1 katil saiz king dan satu single. aku ambil yang king size.hehehe...(maaf tak dapat sertakan gambar coz nak ambil gambar bilik dah pun bersepah).
  Malamnya kami pi 1B (One Borneo), bukan shoping pun. oleh kerana kami suami isteri gila buku, maka cari kedai buku. tempat pilihan kedai buku harris. ada potongan 70%. ambil 2 buku. 1 buku motivasi tulisan pahrol dan 1 lagi buku masakan tulisan norzailina. hari ini cadangnya nak pi kedai buku popular di Centre Point dan Wisma Muis then sambung lagi 2-3jam perjalanan ke Sipitang. So totalnya dari Tawau ke Sipitang dalam 13 jam. Hmmm mo patah pinggang duduk dalam kereta. Kereta pun saga fl ja bukannya kereta Alphard (kereta mewah la beb).
  Actually malam-malamnya aku duk terfikir-fikir sampai bila lah aku nak gemuk gini. banyak blog aku yang aku baca tentang nak kurus ni dah surrender. adakah aku akan jadi begitu..wa.. tak nak. i have to focus again. kena ingat 'AKU BUKAN NAK KURUS TAPI AKU NAK SIHAT'. nanti post lain aku akan citer kisah aku pi berbekam..k chow dulu. wassalam..