Saturday 3 December 2011

Tawau --> Kota Kinabalu --> Sipitang

 Tanggal 3hb Disember 2011 kami bertolak dari Tawau pada pukul 6.15 am jalan. Hmm helo kat Sabah nie  waktu Subuhnya awal. Pukul 4.50 dah Subuh. kira lewatla tu perjalanan kami, plan awal pas Subuh ja dh gerak. Tapi almaklumlah. aku busy panaskan ubatku (akar-akar kayu), encik suami mencuci penapis air RO Elken tu. taulah kalo kami jalan confirm punyalah takda sapa yang cuci coz tak mahir. Perjalanan Tawau ke Kota Kinabalu @ KK memakan masa kira-kira 9-10 jam. itupun kelajuan biasa dalam 90-100 kmj. tak boleh nak laju pun sebab jalannya yang teruk. minta sangatlah ngan kerajaan perbaiki jalan itu. memang ada yang dah dibaiki tapi masih banyak lagi jalan yang runtuh. itu belum kira lori-lori yang menghalang kelajuan 90kmj. yelakan kalo dah lori pun bawa 40-60kmj macam mana nak bawa laju.jalan pun hanya ada dua hala je. kami singgah breakfast kat kunak then singgah 'buang air' kat sandakan. mula-mula tu suami kata nak singgah kat kundasang. tapi penuh even yang mahal pun penuh almaklumla cuti sekolah dan 'weekend'. so kami teruskan perjalanan ke KK bermalam di hotel Tang. tu pun hanya ada bilik family. wokehla ambil ja satu malam RM119. murah kan..ada 1 katil saiz king dan satu single. aku ambil yang king size.hehehe...(maaf tak dapat sertakan gambar coz nak ambil gambar bilik dah pun bersepah).
  Malamnya kami pi 1B (One Borneo), bukan shoping pun. oleh kerana kami suami isteri gila buku, maka cari kedai buku. tempat pilihan kedai buku harris. ada potongan 70%. ambil 2 buku. 1 buku motivasi tulisan pahrol dan 1 lagi buku masakan tulisan norzailina. hari ini cadangnya nak pi kedai buku popular di Centre Point dan Wisma Muis then sambung lagi 2-3jam perjalanan ke Sipitang. So totalnya dari Tawau ke Sipitang dalam 13 jam. Hmmm mo patah pinggang duduk dalam kereta. Kereta pun saga fl ja bukannya kereta Alphard (kereta mewah la beb).
  Actually malam-malamnya aku duk terfikir-fikir sampai bila lah aku nak gemuk gini. banyak blog aku yang aku baca tentang nak kurus ni dah surrender. adakah aku akan jadi begitu..wa.. tak nak. i have to focus again. kena ingat 'AKU BUKAN NAK KURUS TAPI AKU NAK SIHAT'. nanti post lain aku akan citer kisah aku pi berbekam..k chow dulu. wassalam..

No comments:

Post a Comment