Showing posts with label PERJALANAN BERAT. Show all posts
Showing posts with label PERJALANAN BERAT. Show all posts

Thursday, 9 January 2014

Diary Challenge 90 Days

Assalammualaikum...untuk menunjukkan aku betul-betul serius untuk hidup sihat, maka aku buat Diary 90 Days.actually buku ini sudah wujud dari tahun 2011 tapi aku yang tak konsisten.insyaAllah aku akan  konsisten supaya aku rasa lebih sihat dan bermakna..ingat diet ini bukan untuk berat badan jak tapi diet ini adalah cara hidup (kata-kata untuk aku tu...).


Apa yang aku rasa setelah hari ke 11 bersenam dan diet ialah aku rasa semakin bertenaga, rasa cergas, tak lagi muka nampak lesu dan yang paling penting aku sudah ada stamina.dulu naik tangga tingkat 1 pun rasa semput gila sekarang ini alhamdulillah..insyaAllah akan berkekalan..sebenarnya yang paling penting aku tak rasa backpain udah dan rasa mudah nak solat.hm..banyaklah kebaikannya.oye mood pun tak swing dan kurang stress.kalo stress buat burpees banyak-banyak..hehehe..


Maaflah gambar kurang jelas..nanti korang search ja kat internet..burpees ni yang paling aku lemah baru buat 5 macam nak putus nafas udah..tipulah kalo aku cakap tak nak quit nak jak berhenti nak jak taknak buat..so buat-buat pekakkan telinga mendengar bisikan-bisikan jahat itu kita buat ja.once dah buat kita akan rasa best dan bersyukur tidak mendengar kata-kata jahat itu..

Saturday, 4 January 2014

Challenge 90 Days

Bismillahirrahmaanirrahim...tahun ini aku start dengan refresh baru iaitu nak turun berat badan dan nak lawan sakit PCos.tiap-tiap petang aku try workout 30 minutes.Alhamdulillah baru 5 hari sudah menampakkan hasil iaitu ada orang tegur muka nampak kurus.wa..tambah semangat.aku akan cuba hilangkan masalah kegemukan badan ini.aku tukar pelan pemakanan.cuba untuk cari gluten free atau paling kurang kandungan gluten.nak lari terus dari makan nasi idaklah.dah nama orang Malaysia membesar dengan makan nasi tiba- tiba nak ubah pi pemakanan barat.uish susah..so aku cuba buat pemakanantu biar realistik tapi terkawal.junk food aku akan cuba avoid.last makan junk food 27 hb Dis 2013..aku cuba untuk lebih banyak makan di rumah.masak sendiri supaya aku boleh kawal kandungannya terutama MSG.ok bersama-sama kita menjadi lebih baik dan sihat.ada tak kawan-kawan yang nak buat challenge terutama tentang eat healthy dan weight loss.nak join plsss?!!

Saturday, 1 September 2012

Alamak berat dah naik

 Hari ini aku telah membeli penimbang digital untuk timbang berat, lemak, otot dan kandungan air dalam badan. So tadi trylah testing sekalinya berat aku naik 2.4kg. Biar betul. Mungkin aku timbang tu aku baru pas ke rumah terbuka dan majlis akikah dan kahwin, sampai beratku melonjak naik. Tadi coach dah msg suh timbang berat di kelab..amacamni..Esok pagi aku timbang semula dengan alat penimbang aku yang baru ni..dan mula merangka jadual penurunan berat badan ku ini.Doakan aku ye..
 Malam tadi time pi rumah terbuka kawan suami. Ada sorang makcik kat sana kami sembang-sembang..rupanya makcik tu dah 4 bulan ambil HERBALIFE. Makcik tu citerlah kesan HERBALIFE tu pada dia. Actually aku langsung tak gitau yang aku pun ambil produk ni..Kiranya testimoni lah makcik ini.Cuma ini depan mata. Ini yang buat semangat nak kuruskan badan..Kwang..kwang..kwang
 Banyak betul rumah terbuka dan kenduri-kendara..ish macam mana nak turunkan berat. Tapi aku kawal pengambilan nasi cuma kebanyakan majlis jarang bebenar menghidang buah dan sayur..tu yang banyak makan daging dan ayam ja..ikan lagilah takda.Papepun semangat baru. Okies..

Thursday, 9 August 2012

Day 8 : 10.08.12

Sahur
400ml Aloe
800ml Teamix
400ml F1+F3 perisa coklat
800ml air putih

Berbuka
3/4 pinggan nasi beriyani ayam
1 biji kurma
1 gelas milo ais
1/2 gelas air oren
3 gelas air putih

Nota: Aku timbang berat hari ini.Agak mengecewakan apabila aku cuma mencapai 61.5 kg je daripada 61.8 kg. hanya turun 300 gram je.kecewa bercampur baur ngan perasaan lain..tapi aku kena tekadkan hati, kuatkan semangat untuk turunkan berat badan.Doakan aku ye..:)

Thursday, 2 August 2012

Turun 1 kg lagi..

Alhamdulillah. harini merupakan hari terakhir kami minum di kelab (selama 10 hari). kalo ikutkan hati dulu xmo ulang alik dari rumah ke bandar.jauh..tapi tiada kejayaan tanpa usaha. kami timbang berat hari ini.berat ku pada timbangan yang lepas 62.8kg sekarang udah turun ke 61.8kg. peratus lemak pun sudah makin menurun.jadi aku target nak buang no 6 di depan no timbangan tu nak jadikan no 5 pula.insyaAllah..wokeh doakan aku yek..

Tuesday, 24 July 2012

Senangnya rasa hati...

Kelmarin aku timbang berat di kelab..sebelum aku start HERBALIFE, beratku 65.6kg. Timbangan kali kedua beratku jadi 64.9kg. Timbangan kali ketiga yang mana ditimbang kelmarin mencapai berat 62.8kg. Alhamdulillah..sujud syukur aku. So aku makin bersemangat untuk diet..chaiyo..chaiyo.K la cian pula kat korang nnti aku ambl gmbr diet aku sepanjang Ramadhan ini..doakan aku berjaya ye..