Sunday 10 November 2013

Badminton Tournament

 Akhirnya..ada juga masa untuk aku update blog yang dah bersawang ni...kui..kui..kui..malas betul tuan punya blog ni. K terus pi titik utama..hari Sabtu (kelmarin) tempat keja ku buat pertandingan badminton antara dua sidang..ikutkan hati aku memang tak nak main.dah lama aku tinggalkan game badminton ni..tapi dipujuk2 so hati kecil aku bersuara 'why not, try jela'.dipendekkan cita aku setuju...
 Masa hari kejadian, aku rasa kurang sihat..gara2 aku ambil ubat allergik siap cucuk jarum lagi pada hari Jumaat tu..sebab gatal sangat dan tak tahan..tapi yang tahannya ubat tu buat aku rasa mengantuk sangat sampai aku tak masak makan malam encik suami.pas solat maghrib ja tido then suami kejut solat isyak..solat isyak tido lagi..bangun subuh, tido lagi.bayangkanlah keadaan aku pi main badminton tu.masa pi tu aku sempat minum air madu campur oat ja.tak sempat nak shake.ingat nak beli roti tapi kedai pula belum buka..yela baru pukul 8 kan.so aku minum teamix ja.Alhamdulillah boleh juga main beberapa round..mula2 main memang malas nak bergerak..(buat pengetahuan korang, aku raket pun xda harap pinjam ngan orang ja..kui..kui).
 Pertandingan ni secara bergu dan kalah mati..so kemenangan akan menentukan kemenangan sidang pagi atau sidang petang.aku geng sidang pagi..round bergu perempuan, kami kalah..tapi dalam bergu campuran kami menang (tak ingat matanya, aku peraturan pun xtau..kui..kui..)pas main pertandingan..main lagi sesaja nak keluarkan peluh..(ish ko ni mula2 xnak main, bila dah main terus lupa diri). Tapi aku rasa best sangat dapat keluarkan peluh..sangat2 best.korang trylah nanti..walaupun aku tau esok mesti sakit otot punya..(memang sedang sakit ni time tengah menaip, almaklum lama betul  ber'exercise'). pas main, ada sesi makan2.nasib baik makan mihun goreng.tapi siap ada ayam goreng.wa..tak tahan.makan...balik umah tak makan dah.itu kira merangkap makan tengah hari dah.
 Kesimpulannya (ada kesimpulan pula kali ni), korang kena paksa diri buat senaman kalo nak sihat dan fit.ini baru naik tingkat 1 dah semput..bila dah buat memang akan rasa badan segar kerana darah dah beredar dengan baik.tapi mulakan dengan beginner jangan terus bantai macam orang dah expert nanti langsung tak terbuat dah.amalkan wasatiah dan istiqomah..barulah ada 'feel' dalam hidup ini..shh..aku pun tengah cuba praktikkan kata2 ini.well tiada istilah terlambat untuk berubah, yang penting mulakan dari hari ini..so I WANT TO BE A POSITIVE PERSON...chaiyo2x...
p/s: sorry xda gambar, kalo ada nanti diupdate..:)

No comments:

Post a Comment