Saturday 19 January 2013

Perlukah???

 Ini post tertunggak tapi nak share juga.almaklumlah aku bz ngan kerja.imagine la pagi pi keje ngajar, balik petang dalam pukul 
1-2 kalo ada meeting pukul 3 petang..masak makan tengah hari then makan malam.malam pukul 7.00 ngajar budak tuisyen.wa...itulah rutin aku tiap isnin ke khamis.ele macam lah orang tak penatkan..kwang..kwang..kwang..
 Actually tu bukan real story, citernya gini..aku ada sorang worker ni, ada pasport ja.jadi masa isterinya dapat tahu pregnant anak ketiga, dia cadang nak gugur coz takut tak mampu.then my mama pujuk tak payahlah gugurkan.kalo tak mo bagi ja anak tu ngan kami (maksudnya aku la tu) lagipun kami belum ada anak dan mampu. masa tu memang kami bincang-bincang dan fikir so kami decide tak mo tapi kami sanggup tanggung belanja budak tu..(yela aku tak sampai hati nak pisahkan anak dari mak dia).jadi kami bagi alasan kalo baby boy kami akan fikir semula.dijadikan kisah, baru-baruni isteri worker tu bersalin dan anaknya baby boy..aku dalam dilema semula.aku rasa aku belum ready..coz kalo aku nak ambil aku nak jadikan budak tu anak susuan supaya senang tentang aurat di masa akan datang.aku tak tau brapa lama nak ambil hormon supaya boleh keluarkan susu...then aku dan en suami dah decide nak buat IUI.setelah berfikir untuk kesekian kali, walaupun aku rasa sayang (yela bukan selalu rezeki datang begini) aku menolak lagi tapi kami bagi duit belanja buat beli barang baby.aku tak mo aku ambil anak itu kerana aku nak supaya aku ada anak sendiri.aku risau kalo aku ada anak sendiri budak itu akan aku abaikan..aku tak mo berdosa..kan ANAK ITU ADALAH AMANAH.lagipun bagaimana penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak.sebelah aku memanglah dorang suh..tapi aku risau dan kesian pada budak itu pada masa akan datang..dorang masih boleh terima ke terutama dari keluarga pendatang (pendatang halal ye coz ada pasport) lagipun aku yakin rezeki ANAK ini akan hadir juga.yakin sesangat..AMIN...
 Teringat aku, dulu aku pernah handle ada budak sekolah mengandung luar nikah. dah kandungan 6 bulan baru nak gugurkan..dan dia masih pi sekolah..ingat ye, dalam pekeliling kita tidak boleh memberhentikan pelajar yang mengandung (heran pula pekeliling ni).so aku jumpa budak ni kat surau pujuk dia jangan gugurkan..budak ni tau aku belum ada anak, so aku cakaplah anak ini adalah rezeki dan amanah. Allah swt Maha Mengetahui kenapa Dia bebankan dengan ujian ini.kalo tak mo, tak payah gugur aku sanggup ambil..tapi ingat masa akan datang budak itu akan tanya siapa ibunya kerana aku tak akan merahsiakan statusnya..dan budak itu mesti tanya kenapa dia dibuang oleh ibunya sendiri..budak itu nangis lastly aku pun ikut nangis siap peluk-peluk lagi..lastly budak tu ambil keputusan berhenti sekolah dan dengar-dengar dia dah kahwin ngan BF nya, serta selamat melahirkan anaknya...baby boy. 
 Well doakan aku ye..AKU NAK ANAK KEMBAR..AMIN


No comments:

Post a Comment