Monday 18 February 2013

Sendiri...

Salam semua...maaf lama tak update blog.aku lebih banyak blogwalking ja.napa..ntah..mungkin tak tau nak story apa.well my life jalan seperti biasa.aku masih on ngan HERBALIFE dan alhamdulillah ada penurunan dari segi lemak badan dan sudah tentu berat pun turun.aku cuba ikut diet member blog Seindah Mimpiku.linknya ada di blog ini, sila scroll down.peod still tak datang dan macam biasa cek upt negatif..aik bunyi macam frust ja.memang pun...huhuhu.cousin2 ku yg kahwin bulan 12 tu termasuk adik ipar baru aku tu (ada story dalam blog ini) dah ada 'isi'.aku kecewa, sudah tentu..aku sedih, sudah tentu..tapi aku gembira ngan dorang.my mama sampai tak brani nak inform menantunya preggy.aku tau pun dari adik aku sendiri.maybe my mama risau aku akan sedih..tapi aku buat tekad dan azam untuk kurus kerna rezeki anak ni dari Allah swt.kuatkan tekad AKU MESTI KURUS TAHUN INI. bila aku tengok diri aku di cermin time teman en suami pi shopping kasutnya, aku sedar aku telah mengecewakan suamiku.dahlah body tak lawa dah, perangai suka merajuk dan manja sangat, suka moody dan yang paling aku rasa sedih aku belum dapat beri zuriat buat suamiku..sayu tengok en suami bila tengok dia melayan anak-anak buah kami.sabarlah wahai hati, insyaAllah Allah akan tunaikan juga hasrat kami ini. mungkin Allah swt mahu beri yang terbaik buat kami. korang ada tengok kartun citer UP tu.best, macam terkesan sedikit di hati.dorang tak bleh dapat anak, tapi dorang enjoy their life walaupun ada impian dorang tak dapat dibuat.lagipun belum tentu lagi kalo dah tua, anak kita tu nak jaga kita kan..so jangan salah bentu dan didik anak-anak. nanti menyesal tak guna.anak ini AMANAH dari Allah swt.kalo salah didik silap-silap dia boleh mengheret kita ke dalam api neraka, tapi kalo betul didikannya insyaAllah dia boleh membantu kita ke syurga.
Actually pada masa ini, aku ambil cuti coz nak hantar suami ke airport. dia ada kursus kat KL sampai Jumaat ini.saja je nak ambil cuti supaya ada sedikit masa untuk berulit dengan en suami.mujur bos faham.hehehe...oklah..tu ja.dan saat ini ketika ini, aku sangat rindu dengan en suami.terasa kosong bila dia tiada.so aku akan bz kan diri dengan kerja-kerja aku..k nanti update lagi.

No comments:

Post a Comment