Sunday 25 September 2011

Terfikir sendiri...

Kalau fikirkan agak lucu tajuk ini, memanglah kita ini berfikir sendiri mana ada orang tolong fikirkan. Banyak hal yang bermain di fikiran ini...semuanya menuntut untuk melakukan suatu perubahan. Perubahan yang besar dalam diri ini. Oye macam malas nak letak entry menu aku dua minggu ini. Bukan apa banyak sangat yang terbabas dari landasan but aku akan rajinkan diri ini untuk post juga. Bukan syok-syok tapi sebagai iktibar buat pembaca dan diri ini yang senang sangat terpengaruh dengan benda yang bernama ‘ MAKANAN’ yang kurang berkhasiat atau khasiatnya dah hilang. Benda pertama aku dah buat blog tentang perjalanan kerjaya aku. Actually aku try untuk cemerlang dalam kerjaya aku. Pernah ada satu buku motivasi yang aku baca, dia kata “ Kalau hendak naik pangkat, rancanglah dan majukan diri anda ke depan 2-3 tahun sebelum tarikh kenaikan pangkat itu. Buktikan yang kita mampu untuk menjawat jawatan itu. So aku tengah try my best. Aku tidak mahu berada di zon selesa ini dan aku tidak mahu juga aku bersara dengan langsung tiada apa-apa sumbangan dalam kerjaya aku ini untuk dikenang (bukan dikenang orang tapi dikenang diri sendiri). Itu plan aku, semacam mana masa aku kat U dulu aku tak nak graduate dapat ijazah semata-mata. Aku mahu ada pengalaman pahit dan manis untuk aku kenang semasa di U. Jadi aku pun libatkan diri ngan ‘Bakti Siswa’ buat program sana-sini. Buat kutipan dana. Jadi AJK MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Jadi fassilitator untuk Minggu Suaikenal. And lastly, aku libatkan diri dengan persatuan ‘course’ ku sendiri menjadi Setiausaha persatuan tersebut..so skang ni dah keje aku akan terkenang balik ke ‘busy’ an aku dulu.
Jadi skang ni aku rancang nak buat perubahan pada diriku dan kerjayaku. Aku tidak mahu terlampau selesa sehingga kita bosan untuk menjalani hidup ini. Hidup ini sentiasa penuh dengan kejutan. Kita hanya mampu merancang tetapi sebaik-baik perancang ialah Allah swt. Aku merancang untuk berkahwin awal tanpa melalui proses percintaan yang lama, dah dapat. Cuma aku rancang untuk mempunyai zuriat dalam masa terdekat, belum lagi termakbul. Bertahun-tahun aku kecewa so sekarang ini aku bangkit dari kekecewaan. Allah swt lebih Mengetahui perancangan yang terbaik buat diri ini. Aku merancang untuk kembalikan badanku jadi berat badan ideal. Aku akan mantapkan kedudukan kerjayaku (sudah buat blog), aku merancang untuk mantapkan dan istiqamah dalam medan dakwah dan perjuangan (pun sudah ada blognya). Doakan aku ye untuk menjalani hidup di dunia yang fana ini. Oh satu lagi aku nak cuba berdikari tanpa bantuan suamiku...dalam erti kata lain aku nak jadi muslimah yang berdikari. J
Checklist diriku :
þ  Mantapkan diri dan istiqamah dalam perjuangan dakwah..
þ  Mantapkan diri dalam kerjaya..
þ  Dapatkan berat badan ideal
þ  Jadi wanita yang berdikari.
þ  Berusaha untuk dapatkan zuriat.Amin..

No comments:

Post a Comment