Sunday 11 September 2011

Alhamdulillah nasib baik cekap juga

Sambung kisah ATM tu. Pagi hari Jumaat tu aku kol bank di cawangan yg telan duit aku tu. Operator pun sambut. Setelah aku perkenalkan diri dan memberitahu masalah ku itu, maka operator itu menyuruh ku ke bank tersebut. Then petang tu aku pun pi la ke bank tersebut coz pagi aku keja. Ikutkan hati aku tersangat lah malas plus aku tengah posa.
Sampai kat bank, yang aku bengkek ngan org jg kaunter tu. Suara bukan main kasar,ei...aku haraplah ko terima kes yang sama nanti macam aku supaya ko rasa dan tak buat lagi pada orang lain..Amin (Jom amin ramai-ramai, baru dimakbulkan). Tapi pape pun nasib baik kamurang cekap. Malam tadi aku kol, pagi esoknya dah dimasukkan dalam akaun. So tak jadi aku marah sangat ngan operator dan orang di kaunter tu lagipun aku posa..hehehe.
Time aku pi cek kat ATM baki akaun, bersembanglah suamiku ngan satu orang cina ni. Diapun gtau yang dia pun kena hal yang sama. Duit dia lagi banyak RM 1,200. Dia tunggu kat bank tu dari pagi sampai petang barulah dikeluarkan duit yang tersangkut di mesin ATM tersebut.
Aku terfikir juga, andaikata dunia akan datang terlalu bergantung kepada mesin..apa akan jadi. Kalau satu kali ‘hang’, mesti huru hara dunia kan..sedangkan lampu isyarat mati pun kita dah panik. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan..(aik macam pernah dengar).

No comments:

Post a Comment