Wednesday 7 September 2011

Dear diary...

  Setelah sekian lamanya, aku merancang untuk membuat blog yang lebih santai ataupun yang lebih kepada bentuk diary. Akhirnya berjaya juga, walaupun agak sempoi. Tapi bolehlah...So di sini, aku akan post macam-macam cerita kehidupanku, cerita tentang kegemaranku iaitu masak-masak dan baca buku and yang terpenting sekali sebab-musabab aku nak buat blog ini ialah cerita tentang diet aku. Wahahaha...
  Masa umur belasan dan awal 20-an beratku hanyalah sekitar 40-46 kg saja. Apabila masuk 20 lebih beratku mula meningkat naik. Badanku pun makin melebar. Memang sangat tidak sesuai dengan ketinggianku yang hanya 150 cm. Sudah masuk kategori 'overweight' oh..
  Mula-mula dulu aku banyak salahkan pasal aku makan ubat subur 'clomid'. Tetapi sekarang, aku dah boleh terima hakikat walaupun memang kenaikan badan ini ada kaitan dengan pil subur itu tapi sebenarnya aku dah beberapa kali try diet konon and tak sampai sebulan pun diet tu. Aku pun dah try macam-macam produk kurus tapi tak tahan harga yang mahal, kesan ubat dan disiplin yang ntah pape (kena makan produk tu 3 kali sehari dan makan nasi hanya 1 kali, kalau macam itu bagus aku diet sendiri tanpa makan ubat). Aku pernah juga ikut pusat pelangsingan badan (macam spa), tapi tak tahan urutan yang menyakitkan kononnya pecahkan lemak. Dan syarat di spa itu juga, hendaklah diet ikut cara dorang dan tak boleh bersenam. Hmm..dan kena makan produk dorang supaya takda selera makan..Banyak syarat, tapi berat turun bukan banyak sangat pun. Aku quit pun after aku miscarriege. Aku pun tak tau aku pregnant. Wa..memang sedih dahlah tunggu sikit punya lama. 
 So after Ramadhan ini, aku mendapat kekuatan diri untuk bangkit dari kesedihan, stress, penghinaan, cemuhan dan fitnah dari orang sekeliling aku. Bukan takda orang yang bagi semangat, ada..(syukran jakzilan bagi sahabat-sahabat ini). Aku akan cuba sedaya-upaya untuk kuruskan badan ikut cara sihat. InsyaAllah..Doakan ye.
 Berat aku pas raya tu 63.6kg (overweight) ------>berat yang hendak dicapai 50kg. Manatau pasni aku boleh perbaiki cycle period aku ni. Aku dah tak period since bulan Feb 2011 until now..K nanti aku akan post menu diet aku. Chaiyo2x...buat diriku dan insan lain di luar sana yang mengalami masalah yang sama seperti diriku.

No comments:

Post a Comment