Friday 21 October 2011

Doakan diriku

Azamku janganlah menurun...aku perasan akhir-akhir ni aku sangat malas diet. Perutku macam mula naik sket.Tu la nak diet bukan main senang tapi nak maintain bukan main susah. Betul kan???? (ke aku je). Alhamdulillah aku sedang mengambil diploma sekarang ini. Pertama niat kerana Allah swt kerana pesan Rasullah saw "Belajarlah kamu sehingga ke liang lahad". Lagipun dah lama tak belajar aku macam dah jadi pelupa dan pemalas. Betul lah kata dalam cerita "Jewel in Palaces", kita hendaklah rajin bekerja dan meningkatkan diri kita kalau tidak kita akan jadi pelupa dan nyanyuk macam aku sekarang ini. Sibuk memang sibuk, mana urusan rumahtangga, urusan kerja dan belajar..penat memang penat. Tapi aku rasa seronok kerana aku makin mendekatkan diri dengan Allah swt, aku mempunyai kenalan dan sahabat yang baik. Alhamdulillah syukur sangat-sangat..Oleh itu, sekaran aku akan maintainkan diri untuk semua perkara termasuk untuk diri aku iaitu aku kena jaga badanku ini juga. Badan kita ini kan amanah kenalah jaga dengan baik..Ish..jangan lupa juga hati kita pun kena jaga. Jangan sampai dia kebuluran. Tanda-tanda kebuluran adalah seperti hati rasa sunyi, tetiba rasa nak marah dan benci pada semua perkara, nak menangis, bosan, kedekut, riak dan sombong (seperti yang pernah aku rasa dulu).Jadi aku usaha sesungguhnya hendak membaiki dan mengubat hatiku ini..Aku hendak mati dalam keadaan aku tenang meninggalkan dunia. Ameen..

No comments:

Post a Comment