Friday 28 October 2011

Mmmmm...tak tau nak kata apa

Semalam telah beraku satu insiden di mana aku pergi bekerja tanpa menyedari bahawa aku memakai kasut yang tidak sama.Sebelah ada corak bunga sebelah lagi kasut lain. Astaghfirullahal'azim...aku sedar pun sudah tinggal suku jam lagi nak balik. Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa. Tengok kan kalo Allah swt menarik sekejap ingatan kita, banyak benda atau perkara di dunia ini yang kita akan tertinggal..sebab itulah kalo orang gila tidak wajib solat. Kerna apa??kerna dirinya sendiri pun tidak terurus..Sebab itulah juga kalo kita terlupa solat, Allah swt ampunkan tapi wajib ganti. Ha..sidang pembaca kalo tinggal solat secara sengaja amacam pula??? Still wajib ganti tau, ingat besar dosanya meninggalkan solat secara sengaja jangan sampai kita tergolong dalam golongan orang-orang yang musyrik. Na'uzubillah...
Insiden lain pula, aku pergi ke klinik pakar hari ini. Mak oi...garang betul nurse yang jaga kaunter pendaftaran. Eh pi mana kamurang punya visi dan misi piagam pelanggan lah konon???? Bukan aku sorang je kena ramai juga yang lain. Sesuka hati ja nak marah orang. Nasib  baik lah aku ni jenis yang cool down sikit..kononlah. Itu bukan topik utama aku nak citer. Topik utamanya, pada tahun 2007 aku disahkan menghidapi PCOS nama panjangnya Polisistik Ovari Sindrom berdasarkan ujian darah dan scan. Tapi actually bila di scan aku ada tengok di screen tu tapi takda pula aku nampak macam gelang mutiara ka atau ada setengah tu panggil cincin (seperti mana aku pernah tengok dalam laman blog teman-teman yang ada PCOS). Aku juga tidak ada cyst atau fibroid. Cuma period aku selepas kahwin ini jadi tak normal (irregular). So aku dah makan macam-macam jenis ubat. But then pada tahun 2011(tahun ini ) aku tergerak hati untuk mo dapatkan second opinion (macam dalam citer Oprah, dr Oz tu suruh "always get second opinion from another doctor"). Semalam dapatlah temu janji aku dengan doktor taulah kalau klinik kerajaan ni lambat betul appoinmentnya. Aku pi hospital bulan Julai bulan Oktober baru dapat jumpa pakar. Yela kan ramai betul patient. Aku tengok pun data statistik dorang kat board tu ada 8345 patient sahaja dari tahun bila tak pula tau. Cuma tahun lepas ja seramai 700 lebih patient yang dirawat kes berulang belum masuk yang kes yang baru...Dahsyat kan..memang kena hospital lebih besar lai dan tambah doktor pakar..
Setelah lama menunggu turn aku masuk jumpa doktor. So macam biasa disoal siasat yang mana banyak menimbulkan kesangsian macam mana aku boleh disahkan PCOS. Doktor tu pun minta aku discan, tidak nampak apa-apa tanda aku ada PCOS. Panggil doktor yang senior sama juga..akhirnya setelah berbincang soal siasat akhirnya doktor decide aku bukan ada PCOS tapi mungkin ada masalah lain kenapa aku tidak period dan mengandung lagi kerana rahimku nampaik stabil. Ya Allah, sungguh besar kuasaMu ini. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat aku tidak ada PCOS. Doktor pun marah kenapa aku tidak berjumpa dengan pakar di hospital kerajaan dulu..terutama semasa aku di KK dulu.Insya Allah ada hikmahnya semua ini. Ameen..
So dijadikan cerita aku ada temujanji lagi bulan 12 nanti. Aku akan masuk wad pada bulan Januari untuk pembedahan kecil (ish, aku dah lupa namanya) untuk melihat anatomi pada rahimku..Ya Allah berilah kekuatan untuk aku hadapi semua ini..aku hanyalah insan yang lemah tiada daya hanya mengharapkan kekuatan dari Yang Maha Kuasa. Doakan aku ye...
Sidang pembaca, jangan lupa pesanan aku ye. Kalau rasa ragu-ragu dengan keputusan doktor, jumpa doktor pakar yang lain dan jangan lupa minta mereka terangkan penyakit anda sampai anda faham.(Ini memang polisi dorang kan..). Jangan anda tertanya-tanya apa yang berlaku dalam diri anda. Kenali diri anda sebaiknya supaya mudah untuk proses penyembuhan.

No comments:

Post a Comment