Friday 7 October 2011

Oppss..lamanya tak post

   Adeh bila dibuka blog ku ini lamanya aku tidak meng 'update' blog. Hm..nak kata busy memang busy tapi itu bukan alasan. Mungkin juga bolehla aku bagi alasan sebab ini post aku ka (so sesuka-sesuke hati lah). Akhir ini aku busy dengan life dan jiwa ku. Sampai diet ku pun tertabrak ke dinding yang mana ini juga alasan aku tapi papepun aku akan pastikan aku minum air secukupnya dan jangan makan sampai lupa pada dunia. Nanti aku akan post menu diet ku yang tertunggak untuk di post. Aku try juga nak ambil gambar sebelum makan tapi yelah kan itu bukan kebiasaan biasanya dah abis licin baulah teringat so tak kan nak ambil gambar pinggan atau mangkuk yang dah licin kan. Berkenaan life pula, aku busy dengan meeting dan buat kelas tambahan..ops dah tau la aku ni keja apa.hehehehe..Dalam minggu ini juga, kawan ku merangkap 'ketua ku' telah kehilangan ibunya. Sebak aku hatiku melihat jenazah ibunya. Padahal pada hari itu, kami sedang ada aktiviti 'makan2x'. Semasa aktiviti tersebut, beliau menerima panggilan telefon di hospital. Rupanya ibunya sudah 'pergi'. Kalau aku berada di tempatnya ada kemungkinan aku akan pengsan menerima perkhabaran itu taulah orang lemah semangat ni. Benarlah firman Allah swt, "Allah swt tidak akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan dirinya". So moralnya, hargai orang di sekeliling diri anda sebelum terlambat.
   Banyak benda yang mengubah persepsi aku tentang hidup pada minggu ini. Antaranya ialah pandangan dan tanggapan aku pada seseorang. Aku cuba sedaya-upaya untuk bersangka baik pada semua orang..(try very2x hard). Tapi terlalu banyak benda atau perkara yang menonjolkan keaiban orang. Aku heran manusia di sekeliling aku ini seumpama watak-watak cerita yang jahat dan baik di dalam drama dan movie. Kadang-kadang aku rasa dunia sedang bergerak pantas dan aku berdiri sambil memandang pergerakan pantas ini..pernahkah kamu rasa begitu???
   Aku benci pada manusia yang mukanya ada dua talam. Depan bukan main baik tapi belakang macam syaitan. Benci pada manusia yang sesuka-sesuke hati marah pada orang, perasan dia saja yang betul. Berlagak...Ya Allah, berilah hidayah dan petunjuk Mu pada orang2x ini. Jauhkanlah diriku dari sifat2x seperti ini. Ameen...
   Sekarang ini aku mesti positifkan diri. Aku mahu perubahan pada diri ini. Orang yang berada statik pada tempat yang sama akan sentiasa dalam kerugian. Tidak salah kalau sesekali kita keluar dari zon selesa semacam mana dalam artikel dalam Majalah Solusi (my fav majalah). Jadi untuk menyahut seruan itu, aku pun  mula mengikuti kelas tajwid dan petang ini kelas fardhu ain. Walaupun dah tau apa salahnya kita membuat 'revision' supaya lagi mantap pengetahuan kita. Kalo ikut biasa, petang2x ni bagus aku buat masak2x ke atau tido (rutin biasa). Aku rancang mo beli peralatan badminton untuk bersenam sebab ini adalah sukan yang aku minati dari dulu. Tapi kalau menonton pertandingan badminton tak pula minat..hehehe..Ye salah satu kaedah untuk dapatka anak yang doktor aku duk cakap selalu, "JANGAN STRESS". Akuni walaupun pegi melancong atau bercuti still juga stress so aku kena ubah mylife style. Still betul dan betul firman Allah swt, "Allah swt tidak akan mengubah nasib kaumnya melainkan mereka sendiri yang mengubahnya". So jom berubah...misi baru. Tak payah tunggu hujung tahun atau awal tahun baru nak buat azam. Buat hari ini juga, sebab langkah pertama adalah langkah yang paling susah mo dibuat..kalo duk bertangguh ja percayalah sampai bila pun takkan berubah..so chaiyo2x..

No comments:

Post a Comment