Thursday 23 August 2012

Balik kampung : Versi 3

Raya kedua : Stay kat umah ja..



Aktiviti memasak ja dan menerima tetamu

Menu : Nasi minyak, kelupis, daging masak kemboja, kari ayam ( gambar di atas), soto banjar (gambar di bawah ). Soto banjar ni macam soto biasa juga cuma ada nasi impit dan bergedil.

Raya ketiga : Beraya dan balik kampung di Lohan, Ranau (kampung sebelah bapa)








 Kami beraya empat buah rumah. Umah kawan dan saudara mama dan bapa ja.Suma umah ni ada ja menunya. Rumah pertama menu : sup tulang.Rumah kedua : Ketiauw goreng, mihun goreng, mee goreng, nasi goreng (aku ambil sikit nasi goreng). Rumah ketiga : kek. Rumah keempat : Mee basah.
 Petangnya selepas solat qasar dan jamak, kami berangkat ke Ranau. Singgah di KFC, Beaufort dan Burger King, Putatan. Kami tiba di rumah nenek pukul 12.15 malam.


 Di rumah nenek di Kg Lohan Ulu, Ranau

Nenek 

Sepupuku yang kecil

Kami ke kubur arwak Aki (atuk). Kemudian kami ziarah rumah saudara yang lain. Oleh sebab lama tak jumpa, sebuah rumah makan masa yang agak lama. Lastly dua buah rumah ja dapat pi.


Membeli sayur segar di Kundasang





Singgah solat qasar dan jamak di Masjid Bandaraya, Likas (macam terapung di air, cantik masjidnya)

Last sekali kami singgah rumah tunang adikku, si Bonnie. Syukran kathiron..sedap makanannya. Makan nasi berlauk, yang buat aku tak tahan godaan ada telur masin dan pecal. Memang favourite tu. Sampai di rumah, pukul 9.15 pm.

Raya keempat : Stay di rumah
 Memasak saja kerja hari ini. Kami buat nasi berlauk dan spageti.Kira rumah terbuka dan sambutan besday anak buahku si Eryn.

Aku + Anis (anak buah sepupuku si Mimit)



     

No comments:

Post a Comment