Monday 24 September 2012

Celoteh sana-sini

 Akhir-akhir ini aku perasan diriku semakin pemarah, semakin emosi, semakin stress..aku muhasabah diri.memang aku pasti sangat-sangat yang aku mula menjauh sang Pencipta.aku tidak lagi atau kurang melakukan ibadah terutama zikrullah.hanya yang wajib saja buat. MasyaAllah..so dalam aku rancang nak berdiet paling penting jangan stress. Aku perasan berat badanku makin naik walaupun aku diet. So aku mula dekatkan diri semula kepadaNya.aku mula dengan membuat amalan al-mathurat, baca Al-Quran waktu maghrib. Walaupun hanya seciput ini saja, aku mula rasa ketenangan yang tak terhingga. Plus dari usaha ini, beratku pun turun..heran kan???? Kesimpulannya Allah swt Maha Berkuasa, maka sentiasalah dekatkan diri padaNya. InsyaAllah Dia akan menjaga kita.Kalo mengadu dengan manusia, hanya kekecewaan sahaja yang kita dapat semula. Kalo nak pi bercuti hilangkan stress sama juga balik bercuti stress pun kembali juga..maka berserahlah kepada Allah yang Maha Besar.

No comments:

Post a Comment