Saturday, 28 April 2012

Plan your life before it's too late..

  Macam suspend ja tajuk aku tu..macam lama betul aku tak berblog ni.busy ke atau apa.act aku demam lagi baru2 ni.sibuk dengan keja ku.sibuk dengan kelas agama.sibuk dengan gym..aiseh lupa pula kabar kan cita baru.wah menyahut cabaran untuk langsing dan sihat aku telah mendaftar ke gym.slalunya aku buat treadmill jalan kaki naik turun bukit, then naik basikal, kemudian aku fokus pada perut pula.then baru aku tau, aku kena jaga pemakanan supaya kalori aku ambil setiap hari hendaklah 1200 kalori ja.then bakar sebanyak 600-700 kalori. (aku tanya kawan aku yg merupakan guru pjk)..aiseh salah pula.pdnla dah dekat sebulan aku pi gym turun 0.5kg ja tambah lagi aku demam tapi selera makan naik.heran aku.patutnya biasa aku demam selera makan aku kurang sampai turun 1-2kg biasanya.ini tak, demam tapi makan nasi sampai tambah 1-2 pinggan..well sudah tau information itu, aku kena try skali lagi la kan.jangan mudah mengalah kan..pantang menyerah.aku tengah cuba untuk berlari atas treadmill..dan tahniah buat diri aku boleh sudah bertahan 1-2minit..okla tu kan.aku mo try 5minit pula berlari atas treadmill.pelan2 up sampai aku mampu bertahan 30minit..doakan ye.so ingat ye, bersenam pun sunnah Rasulullah kerna baginda tak suka umatnya yang malas.mesti sentiasa cergas dan ceria..act bersenam ni salah satu cara aku mo reles tensen.memang reles.kadang2 aku pi sauna dan mandi di jakuzi lepas di gym..balik umah segar.tidur pun lena dan badan pun terasa ringan..so tunggu apa lagi RUN FOR YOUR LIFE!!!!!

Sunday, 1 April 2012

Aku demam...

Hidung aku berair ja..kepala rasa berat.nasib baik xla pns bdn cuma yg tahan tekak sgt la sakit.perit.apatah lg aku makan 1 keping pisang goreng.cepat ja kesannya terus batuk2.sbr jela..ingat sakit itu adalah penghapus dosa2 kita yang lalu.so redha jela.boleh juga aku berehat seketika...mlm pun xtido lena kejap2 bangun hidung tersumbat..wa..flu sudah melanda..oye lupa citer perkembangan diri..peod aku dh lewat tp aku cek upt negatif.aku berbelah bagi nak makan ubat keluarkan haid atau x.terpaksa la aku tunda appt ku ngan dr pakar.dr ada bagi ubat hormon utk tgk ok x level hormon ku kalo makan ubat tu.tp yela peod xkluar macam mana nak makan ubat hormon tu..hormon progestrone ku rendah so kalo aku preknen pn x akan kekal, akan gugur.so kena betulkan hormon dl..time2 aku merancang diet, dmam la pl..xpe doakan aku yekk..

Friday, 16 March 2012

Yeyeye cuti..

Perancangan masa cuti..memang kelam kabut gila.aku kena setelkan kerja yang menimbun..semak kertas ujian, hantar online pape yang diminta, buat stok n inventori dan macam-macam lagi..At last, hari yang ditunggu-tunggu iaitu CUTI..tiba-tiba ja encik suami tukar plan. kami bertolak hari Sabtu. mula-mula ke Sandakan. aku rindu nak makan ikan n sotong bakar di Pasar Sim-Sim..maaflah sidang pembaca, aku tak sempat ambil gambar kerna pertamanya kami dah lapar gila coz makan tengah hari dah pukul 4 petang, keduanya kamera takda.huhuhu..aku memang plan nak beli kamera ni.
Oleh kerana malamnya aku lewat balik umah dari mengaji, aku packing barang nak balik kampung paginya. Start dari lepas subuh sampailah ke pukul 9 pagi aku mengemas. Lama giler..siap-siap suma pukul 10.30 pagi baru bertolak ke Sandakan.itu yang pukul 4 petang baru makan. Kami bermalam di Hotel Libaran walaupun kami tak dapat bilik yang kami booking. kami nak katil queen tingkat 1. skalinya dibagi katil twin single.okla daripada kami tak dapat bilik lagipun hotel tu dah fully book. kami dapat harga RM 70. Mana nak cari kan??
Keesokan harinya selepas sarapan pukul 9 pagi kami bertolak ke Kundasang. menginap di Cottage Hotel. Bayaran RM 115 skali ngan sarapan. okla not bad. biliknya kecil tapi selesa sangat.




Then after makan semangkuk ketiauw tom yam kami pergi berjalan-jalan. Konon nak pi ladang cendawan. sekalinya jalan-jalan sampai la ke dairy farm. apalagi singgahla.banyaknya keta di sana.rupanya ramai yang tunggu lembu mo diperah susunya.macam tau-tau ja lembu tu..dengar suara-suara sumbang di belakang kata lembu ni pi sekolah sebab tau beratur..so manusia-manusia di luar sana..jangan jadi lebih teruk dari lembu,lembu pun tau berbaris dan beratur..fikir-fikirkan.



Lembu-lembu sedang meragut rumput..kui..kui..


Saujana mata memandang kan..best utk ubat rabun..slalu-slalu tengok benda hijau yek..



Lembu-lembu sedang berbaris untuk diperah susu.

Selepas dari sini, kami singgah ke pasar sayur tepi jalan, bukan nak beli sayur tapi nak beli buah..cari-cari lastly pilih buah naga dan buah longan..ok la tu kan.



Gambar encik suami pose depan pasar sayur, kena pandai cari and round dulu sebelum beli ye.

Then lastly my fav, bunga ros tapi nak membelinya...hm..fikir-fikir membazir.lebih baik aku beli pokok atau sayur dari beli bunga lastly layu..kwang..kwang..



Monday, 12 March 2012

Welcome 2012

Salam semua..dah bersawangnya upanya blog ku ini. Lamanya aku tak update. Malas+takda line broadband kat umah (almaklumla kawasan kampung)+busy+demam selsema. Wa..banyaknya alasan. Actually aku busy bila dah mula keja ngan meting..ngan jadi guru kelas..ngan jadi ketua panitia..aiseh taula aku keja cikgu kan.Pastu minggu kedua aku kena selsema.napala tak kena time cuti. oleh kerana aku berazam untuk tidak ambil mc tahun ini (aku simpan manalah tau aku pregnant tahun ini, aku mc la kalo aku morning sickness yang teruk)uish perancangan..tapi yela kan kita hanya merancang Allah yang menentukan dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah swt.
Walaupun dh bulan Mac baru nk update..aku akan citer plan aku tahun ini:


  1. Aku nak jadi isteri yg solehah n anak yg solehah
  2. Plan mo dptkan anak
  3. Plan mo kuruskan badan (aiseh) utk kesihatan
  4. Plan mo tambah pengajian kelas agama (setakat ini baru join kelas tajwid, kelas fardu ain n kelas fekah)
  5. Plan mo join kelas masakan
  6. Plan mo berpakaian muslimah selengkapnya (berdakwah melalui pakaian) sebelum ni asyik pakai t-shirt labuh n seluar track ja. so kali ini nak biasakan diri pakai jubah..doakan ye.
  7. Lastly konon2 plan pindah rumah baru n decorate it.
Wa..banyaknya plan..doakan aku ye..agar semuanya tercapai.

Monday, 19 December 2011

Trip to Sipitang --> Meligan

 Pada tanggal 16hb Disember 2011, aku + my encik suami with my sister and brother tetiba jer buat paln bergerak ke Meligan. actually dh lama rancang but mama ku itu kononnya nak ikut tapi oleh kerana my sister yang sorang tu pregnant 7 months gitu so mama ku itu batalkan hasratnya untuk ikut serta. yela cian kat adik aku tu dah husband jauh nun kat Labuan, ada lagi sorang anak nak diurus.org kata kalo baby nak dpt adik dia akan meragam.memang pun dia tengah meragam but aku tengok n perhati perangai anak adik iparku sama ja meragamnya sama ada nak dapat adik atau dah dpt adik. mungkin dia rasa kot perhatian org sekelilingnya itu dah makin berkurang kat dia.mummynya pun tak berapa nak layan feel dia tu yang rasa jauh hati.ada ke korang gitu..ntahla banyak betul andaian yang dibuat, tapi apapun Allah swt menciptakan setiap orang anak itu mempunyai ragam yang berlainan so tahniah all the parents and becoming parents yang dapat bersabar dengan karenah anak-anak ini. semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..
 Okies berbalik cerita trip ke Meligan itu, kalo ikut sebenarnya aku dah malas nak pi dh nak tido petang pn. (actually beberapa hari ini aku tak sedap badan, rasa lemah, lenguh n duk sakit kepala ja..buat pengetahuan u all i'm waiting for my peod dh agak lewat ni). yela bila ditanya jadi ke nak jalan, jawapnya ntah, mana je, tak tau..lastly aku buat andaian tak jadi.tetiba je dalam mata nak terlelap encik suami meluru masuk ke dalam bilik bagitau jom jalan..wah mau tak kelam kabut aku mengemas barang. prepare baju untuk malam, pagi esok n untuk mandi-manda kat sungai.wa..berangannya aku ni. kami pun bergerak dalam pukul 4pm.singgah beli makanan untuk makan malam dan sarapan.tempat yang kami nak pi adalah merupakan kawasan pedalaman Sabah.mana ada shopping kompleks ke restoran ke sedangkan kedai runcit dan gerai makan pun susah nak cari. aku tak berani kata tak ada pula.kot-kot korang jalan masuk ke Meligan korang jumpa kedai runcit n gerai makan, korang tuduh aku tipu pula. Pesanan kalo nak pi Meligan naik keta yang ada 4 wheel ye.takut-takut terbenam kat dalam lumpur. adik aku citer gak dh berapa keta masuk gaung (keta pacuan 4 roda pula tu) dan lori terbalik sebab jalan licin.
 Time nak pi tu, punyala excited until jumpa jalan 'grabel'. 2 jam kami jalan grabel tu. belum lagi kes bertembung dengan lori balak yang mana aku rasa macam nak terjatuh kena kat atas keta kami ja..ditambah lagi, sudah separuh jalan line hp tiada. tak ada lampu jalan (cnfirm la tak ada masuk dalam hutan tu).memang adventure la.masuk lagi kawasan berlumpur mujur tak terbenam ja tayar keta. adik lelaki aku sikit lagi makan lumpur mujur tingkap tak diturunkan. sampaila kami jumpa satu kawasan ni bukan main sejuk..my sis kata macam kat korea (memang hantu korea dia ni).




Ni yg pki spek mata my lil brother iri.



Ni my sister ilah n ain. Kat bawah my brother awang yang mana mengajar d Sk Meligan (org yg sm dalam gambr di atas yg buat peace belakang iri).





Jeng..jeng..jeng..ini pula gambar aku bersma encik suami. (Hm..sungguh besar..)




Nampak kan backgroundnya tu macam berasap actually tu bukan asap tapi kabus (p/s : terdapat di kawasan tanah tinggi biasanya). Ops ye korang mesti tertanya-tanya kenapa kami tak pakai baju sweater ke baju sejuk ke.. actually kami tak tau pun sejuk gila begini kalah kundasang n aku memang tak sempat capai selimut ke atau pape kain untuk memanaskan badan kami. korang pun notis kan baju aku tu macam baju nak pi kebun malah aku sempat pakai selipar jepun je. (gambar dah di edit agar tidak nampak kaki..aurat).


Kami sampai kat Meligan pukul 7 malam. Sampai ja kami disambut oleh guard sekolah. kami stay kat umah guru adik aku tu. adik aku tingggal ngan kawan dia.oleh kerna cuti sekolah so takda org la. dipendekkan citer, sampai ja aku n my sister sibuk bersihlkan umah n masak untuk makan malam. adik lelaki ku panggang kepak ayam. aku masak mee goreng, oleh kerna adik lelaki ku yang disuruh membeli terpaksala aku masak mee goreng campur telur n carrot n sosej..lantaklah janji boleh makan. adik aku ain tu dh kelaparan gila, ntah berapa biji limau mandarin dia telan belum campur roti duk tunggu kepak ayam masak. encik suami pun sampai tertido2 tunggu makan malam. aku sempt mandi n solat qasar n jamak. then masa yang dinantikan pun tiba. makan time.suma senyap ja time makan menunjukkan lapar gila apa tak nya makan malam pukul 9 malam. menu mee goreng, telur dadar campur, kepak ayam n sosej panggang, air milo panas.okehla tu. Malamnya aku lah org tido paling awal coz sakit kepala tapi terjaga pukul 2 sbb hidung tersumbat n berhingus..adeh..ntah pukul brapa aku tertido balik sampai terjaga subuh pukul 6.48am.masya Allah..trus bangun solat. paginya kami rancang nak mandi sungai tapi tak jadi pertama kerna hujan, kedua kerna air sungainya warna merah, ketiga kami takut tragedi meligan berulang dan keempat kami nak balik cept.kalo korang nak tau tragedi meligan tu search ja kat youtube n taip tragedi kat sungai meligan.so kami jalan-jalan jela melawat sekolah SK Meligan.aku macam tak sangka ja kat tengah-tengah hutan belantara ada sekolah rendah.tu kami belum jalan pi area yang mana namanya dengan Long..lagi pedalaman..dalam pukul 11.30 am kami pun balik.bye..bye Meligan tempatnya cantik, penuh dengan hutan, kebun-kebun orang, bukit bukau, sawah-sawah padi, penduduk kampungnya yang ramah..sempat kami singgah kebun sayur org kg beli sayur kubis dan terung. harga kubis panjang 1kg RM 2.50 dan terung 1kg RM 2..smpai rumah trus pi dapur cari mum..mum..kelaparn uh kena 'massage' dalam keta lalu jalan 'grable' tu.

Monday, 5 December 2011

Berbekam..takut?????????

 Actually aku tak sangka pun aku akan berbekam. actually kol Kak Zaini tu untuk encik suami coz dia selalu mengadu pening-pening. tapi apabila sampai sana akak tu cek tangan and mata aku. nah...terus dia suggest rawatan.aku pun blur..blur..pun iya-iya jela. buat pengetahuan korang, aku ni sangat penakut dengan jarum and dilukakan..takut sakit konon.hehehe..so aku buat rawatan kryp untuk sakit tulang belakang ku ini (memang aku selalu sakit pinggang terutama kalo dah lama berdiri or jalan jauh, tak tahan), rawatan akupuntur (untuk nak dapat anak)---> teringat cerita di mana si jangeum yang salah mencucuk perut guru tabibnya menyebabkan gurunya sakit..terus dup dap dup dap jantungku.tapi actually tak sakit pun macam kena gigit semut ja kecuali yang di kaki ja.memang sakit. bab berbekam pula..actually tak sakit time dilukakan oleh jarum coz kulit dah kebas masa itu (dipam kulit kita tuh). cuma bab aku tak tahan bunyi tembakan jarum di badanku taulah aku punya otak fikir bukan-bukan ja.hehehe..aku berbekam di kepala, di leher, di belakang badan, di pinggang dan di kaki.best sebenarnya kalo kat kepala tu. tambah lagi aku ni memang ada migrain, time di pam tarik tu hilang sakit kepalaku. part yang paling best, bila korang bangun pagi esoknya suma sakit badan dah hilang dan badan terasa ringan ja.syok betul..malam pun tido lena sampai terbabas subuh kami (suami isteri) pukul 5.40 am. dahsyatnya..tu subuh dinosaur dah. badan tu rasa macam di urut cuma bezanya kalo diurut besoknya ada rasa sakit-sakit badan tapi berbekam rasa ringan badan. aku suggestla kalo yang ada sakit belakang tu (yang pernah jatuh terduduk time muda-muda dulu) buatlah kryp sedap sangat bila dengar bunyi prak..prak..dan tak sakit pinggang lagi..he..k la chow dulu ye.lain kali citer lagi..

Saturday, 3 December 2011

Tawau --> Kota Kinabalu --> Sipitang

 Tanggal 3hb Disember 2011 kami bertolak dari Tawau pada pukul 6.15 am jalan. Hmm helo kat Sabah nie  waktu Subuhnya awal. Pukul 4.50 dah Subuh. kira lewatla tu perjalanan kami, plan awal pas Subuh ja dh gerak. Tapi almaklumlah. aku busy panaskan ubatku (akar-akar kayu), encik suami mencuci penapis air RO Elken tu. taulah kalo kami jalan confirm punyalah takda sapa yang cuci coz tak mahir. Perjalanan Tawau ke Kota Kinabalu @ KK memakan masa kira-kira 9-10 jam. itupun kelajuan biasa dalam 90-100 kmj. tak boleh nak laju pun sebab jalannya yang teruk. minta sangatlah ngan kerajaan perbaiki jalan itu. memang ada yang dah dibaiki tapi masih banyak lagi jalan yang runtuh. itu belum kira lori-lori yang menghalang kelajuan 90kmj. yelakan kalo dah lori pun bawa 40-60kmj macam mana nak bawa laju.jalan pun hanya ada dua hala je. kami singgah breakfast kat kunak then singgah 'buang air' kat sandakan. mula-mula tu suami kata nak singgah kat kundasang. tapi penuh even yang mahal pun penuh almaklumla cuti sekolah dan 'weekend'. so kami teruskan perjalanan ke KK bermalam di hotel Tang. tu pun hanya ada bilik family. wokehla ambil ja satu malam RM119. murah kan..ada 1 katil saiz king dan satu single. aku ambil yang king size.hehehe...(maaf tak dapat sertakan gambar coz nak ambil gambar bilik dah pun bersepah).
  Malamnya kami pi 1B (One Borneo), bukan shoping pun. oleh kerana kami suami isteri gila buku, maka cari kedai buku. tempat pilihan kedai buku harris. ada potongan 70%. ambil 2 buku. 1 buku motivasi tulisan pahrol dan 1 lagi buku masakan tulisan norzailina. hari ini cadangnya nak pi kedai buku popular di Centre Point dan Wisma Muis then sambung lagi 2-3jam perjalanan ke Sipitang. So totalnya dari Tawau ke Sipitang dalam 13 jam. Hmmm mo patah pinggang duduk dalam kereta. Kereta pun saga fl ja bukannya kereta Alphard (kereta mewah la beb).
  Actually malam-malamnya aku duk terfikir-fikir sampai bila lah aku nak gemuk gini. banyak blog aku yang aku baca tentang nak kurus ni dah surrender. adakah aku akan jadi begitu..wa.. tak nak. i have to focus again. kena ingat 'AKU BUKAN NAK KURUS TAPI AKU NAK SIHAT'. nanti post lain aku akan citer kisah aku pi berbekam..k chow dulu. wassalam..