Tuesday 25 December 2012

Sepanjang cuti Nov-Dis

Cuti bermula..Aktiviti 1 : pi tempat orang kahwin. Oleh kerana masa ini aku kurang sihat so ada beberapa tempat aku tak pi.sorry ye..tak mampu nak penuhi semua undangan kahwin dan akikah.

Cuti minggu 1:

Perkahwinan Surianti (kawan aku) dan Shahabuddin (kawan  En. Suami)

 Then kami direct ke Sipitang without stay 1 night at hotel.penat gila bah, 13 jam dalam keta..panas B****T. 3 malam ja kami di Sipitang, kira hantar keta ja la bah tu kan. Kami naik flight ke Tawau. sebabnya aku ada appointment ngan pakar..keputusannya hormon progestrone aku masih rendah walaupun dah makan clomid 150 mg so suggest **** akan diceritakan pada post seterusnya.
 Seminggu kami di Tawau.terpaksa batalkan tiket flight yang mana sepatutnya aku balik ke KK hari Khamis terpaksa tunda ke hari Sabtu. oleh kerana tiket kami tu promo punya jadi terpaksa beli baru dan batalkan tiket tu. tu gara-gara mo ambil pampasan rumah kami yang tak pandai siap-siap. sepatutnya siap 2010 lagi..nantila aku story pasal ni.
 Balik Sipitang, busy ngan perpindahan rumah baru (story di sini).so gambar terbaru:

Gambar di ambil dari rumah sepupu depan rumah kami


Tibalah hari yang dinantikan adik lelaki ku..pernikahan Syah dan Noraidah 12.12.12..biarlah gambar yang story



Malam berinai
Majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan

Majlis perkahwinan di pihak kami
 Tahniah buat adik lelaki Mohd Syahri & Siti Noraidah. Semoga berkekalan dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. Walaupun penat ulang alik Sipitang ke Membakut..penat memasak untuk kenduri kahwin..penat berjaga malam, pukul 4 lebih pagi baru dapat tidur..tapi aku rasa tetap gembira dengan perkahwinan ini. Aku memang suka kalo majlis kahwin ni, umpama mengenang nostalgia lama..hehehe..k la nanti sambung lagi.risau karang banyak merapu di lewat-lewat malam ini..

11.01 pm








No comments:

Post a Comment