Friday 28 December 2012

Story operation

 Berkenaan post yang sebelum ini..actually dr pakar suggest aku buat lap n dye. kalo ada tersumbat di kantung telur terus buat ovarian drilling (luckly tiada).
 Tanggal 19hb Dis, aku ada app ngan dr pakar bius.xda pape masalah so masuk wad 26 hb. sana nanti akan di ambil darah lagi untuk beberapa ujian sebelum operation..
 oleh kerana pas operation aku kena berpantang, jai ak makan puas-puas..terutama seafood yang mana actually aku allergic (gatal-gatal ja). Kami sambut anniversary kami yang ke 6 tahun kat Hotel Promenade (for the first time dinner kat hotel yang kami bayar sendirila). kami pi dinner tu agak lewat sikit dari hari anniversary kami sebab suami busy ngan kejanya.so sabar jela..so terpaksalah tunda hingga ke malam Krismas.so buat pembaca blog ini, kalo mo malam yang romantik jangan keluar makan malam pada hari perayaan sebab hotel semua penuh..malam kami dinner tu just kenyang ja romantik takda.tapi sekurangnya suami tunaikan hasrat aku mo dinner di hotel promenade.sedap juga..tema buffet 'Christmas Eve' so makanan ala western food (suami tak berapa suka sikit).
 Pada hari kejadian, 26hb.aku dah siapkan barang-barang keperluan (aku pun tak tau nak bawa apa sebenarnya).aku bawa kain sarung, pakaian dalam dan produk penjagaan diri ja.dalam pukul 7 kami betolak dari umah, sarapan roti canai(yang mana nanti aku kena avoid dah) n mee goreng (share ngan suami). dalam pukul 7.50 am kami gerak ke wad kecemasan daftar di kaunter unit hasil.sudah daftar, disuruh ke kaunter unit pakar nanti orang di sana bawa ke wad pembedahan.aku dibawa dengan sorang makcik tu ke wad pembedahan.oleh kerna wad penuh, so aku disuruh tunggu dulu d katil tambahan..mujurlah ada orang keluar wad menjelang tengah hari, so aku minta pindah bed.dapatlah almari tempat simpan barang.waktu ni dah tukar pakaian pakai baju pesakit warna hijau.macam sakit ja aku ni.oleh kerna memangnya aku sihat, jadi aku ulang-alik keuar ke dalam wad.jap-jap pi surau solat mohon padaNya agar dipermudahkan segala urusan.bosannya Tuhan saja yang tau. dalam pada itu kejap-kejap dr ambil darah, nurse ambil bacaan tekanan darah, pakar bius datang soal siasat, datang lagi dr memberi penerangan..dalam pada ada kejadian lucu, oleh kerana aku tak tau barang apa nak dibawa rupanya kena bawa pinggan sendiri so makan tengah hari pada hari pertama aku dibeli oleh suami dari luar.belum merasa makanan hospital la kan..kesian en suami ulang alik dari rumah ke hospital.dahlah umah bukannya dekat dengan hospital.mo juga dalam 20-30 minit naik keta belum masuk masa cari parking.actually suami rancang nak datang petang tapi dah tak bawa pinggan dan aku pun dah lapar gila terpaksala datang juga tengah hari tu.petang tu suami datang lagi dalam pukul 5 pm siap bawakan tapau mee goreng..sayu ja rasa hati bila en suami balik sebab masa melawat dah tamat..sedih huhuhu..malamnya dr datang lagi beri penerangan tentang pembedahan esok dan disuruh puasa mulai midnight.akupun apalagi minum air banyak-banyak sampai habis 1 botol air mineral yang besar.dalam pukul 9 malam nurse datang ambil tekanan darah dan bagi ubat suh makan.macam ubat tidur ja aku tengok, nurse gitau tu ubat bius..pas makan ja aku rasa pening jap dan terus terlelap sedar-sedar dah pukul 2 pagi so tak boleh minum air lagi.jadi sambung tidur sampailah ke waktu subuh.aku bangun berkira-kira nak mandi ke tak..lastly aku pi solat dulu.aku solat di tepi katil ja sebab rasa pening tak larat nak pi surau.nurse datang suh mandi dan tukar baju.tiga kali aku tukar baju pembedahan tu baru betul cara pemakaiannya..tak pernah dibedah kan jadi tak tau la caranya.pastu nurse datang cucuk jarum ke tangan aku untuk masuk air sebab tak boleh makan dan minum dah.(sakit dicucuk jarum tu ngilu sampai hari aku tulis blog ni pun masih terasa ngilunya).dalam 6.30 am suami datang melawat.sayu ja hati dan berdebar-debar.suami tenangkan ja suh istigfar banyak-banyak.pesan kat suami nanti tengah hari datang lagi..dalam pukul 8.30 pagi dr datang melawat dan bagitau aku masuk operate dalam tengah hari..wa..lamanya lagi.jadi banyak masa tu aku tidur-tidur ayam nak bergerak sangat tak boleh sebab sakit dicucuk jarum tu..dan baju pembedahan tu seksi betul.
 Menjelang tengah hari, aku belum lagi di operate..suami pula lambat datang.kiri kanan orang datang melawat..rasa macam nak menangis ja akhirnya dalam pukul 1 pm suami datang dengan adik-adik iparku..syukur sangat-sangat masa tu dapat pandang wajah suami.gitau suami tak payah lah balik sebab tak lama lagi nak masuk wad pembedahan..minta tolong adik ipar ambilkan wuduk di katil.aku solat di kerusi ja.alhamdulillah terlaksana juga solat zohor ku..sayu lagi rasa hati bila habis masa melawat tengok en suami keluar..
 dalam pukul 2.30 pm nurse suh ready.aku pi toilet dulu buang air kecil..makan ubat bius dulu then naik atas katil yang macam troli tu sambung air.kemudian aku ditolak keluar dari wad pembedahan ke tingkat atas (bilik pembedahan).masa keluar tu cari-cari juga suami tapi takda..takpela tawakal ja.rupanya en suami tunggu di tingkat atas dekat bilik pembedahan.syukur sangat-sangat kurang sikit gemuruh di hati.
 masa masuk bilik pembedahan, yang aku ingat aku masuk bilik pembedahan 2.betul-betul macam di dalam filem..datang lagi berdebar.sampai naik sikit kadar degupan jantung n tekanan darah..attendant dalam tu suh bertenang.dorang bawa sembang-sembang.sambil segala macam wayar di sambung ke dada n baju pembedahan pun dah dibuka.dalam sembang-sembang tu rupanya dimasukkan ubat bius ke dalam air yang dimasukkan ke badan ku.aku cuma sempat sebut perkataan ITU MENTUAKU (tengah sembang dengan dr yang sekampung dengan mentuaku) then terlelap.sedar-sedar ja rasa nak pening n nak muntah sangat.nurse tanya nak muntahke aku angguk lemah ja so nurse tu gitau nak masukkan ubat tahan muntah, then aku terlelap lagi.aku tersedar lagi aku dibawa ke bed aku.aku ditukar baju..kemudian aku nampak suami aku di sebelah katil kemudian aku terlelap lagi.kemudian aku tersedar lagi bila dr datang..dr bagitau actualy takda masalah ngan tiubku, tidak tersumbat pun. aku tanya telur ku ok ka?dr kata normal ada dua telur satu besar satu kecil.itu normal.secara klinikal sebenarnya aku tiada masalah untuk mengandung.cuma rahim ku melekat sikit ke kiri.so dr pun kata mungkin belum rezeki aku selama ini.dicadangkan buat IUI.dr pi ja aku terlelap lagi sampailah dalam pukul 9 pm.aku rasa sakit sangat kat tangan.aku minta nurse suh cabut jarum di tangan.nurse kata nanti dulu then dia suh aku minum air n makan.aku cuma minum air ja..tak larat nak makan (yang ada cuma buah ja).terlelap lagi n terjaga lagi pukul 12 - 2 am.aku betul-betul tak tahan sakit di tangan aku panggil lagi nurse suh cabut jarum tu.akhirnya sudah dicabut jarum tu barulah aku boleh tidur.sampailah pukul 4 pagi aku terjaga konon nak pi solat.skalinya aku tengok aku bleeding so pi tukar pad ja.sms en suami suh bawakan bubur, makan buah longan untuk isi perut coz lapa sangat baru tidur semula.
 6.30 am en suami datang bersama bapa mentua bawakan bubur ayam.sedap jugalah cuma kerongkongku sakit sangat sampai rasa susah nak telan.so aku makan sikit-sikit jela.kemudian gitau hari ini dah boleh keluar, nurse gitau tadi.pesan suami ready ja datang ambil nanti. dalam pukul 8.40 am gitu makan sarapan mihun goreng sikit ja makan coz masih sakit kerongkong.tak lama dr datang gitau sama macam hal semalam.disuh datang semula 2 minggu lagi untuk tengok luka dan bincang tentang IUI.tanya pasal bleeding, dr kata salur peranakan tu kurang sihat yang lain semua ok..dr cabut plaster luka ku dan disembur antiseptic so nurse gitau boleh mandi dah macam biasa cuma pastikan kering ja bahagian luka tu.so aku pun pi la mandi dengan sangat berhati-hati.kemudian aku tidur lagi masih rasa pening.aku bangun, nurse bagitau aku dah boleh keluar.call en suami suh ambil, aku tukar baju.dan keluar dari wad...
 Papepun THANK YOU for the nurse n dr untuk layanan yang baik.siapa kata hospital kerajaan tak ok..ok apa..2 thumbs up..
 Skangni aku masih berpantang makan..makan bubur ja, makan pati haruan (sungguh meloyakan tekak)..aku masih rasa pening,sakit bekas ditebuk, sakit dicucuk jarum..then yang bleeding tu aku rasa aku peod sebab memang aku belum peod lagi.papepun aku dah ganti solat asar, maghrib, isyak dan subuh.ingat urusan dengan Allah swt lebih diutamakan..

No comments:

Post a Comment