Friday 3 January 2014

Cuti hujung tahun 2013 Part4

Ini adalah entry ondeway balik ke Tawau dan yang paling panjang.sediakan mata anda untuk membaca.kami stay di Kota Kinabalu satu malam untuk stay jalan-jalan ngan my parents dan adik bongsu ku.jadi masa ini aku ambil peluang pi Lok Kawi Wildlife.ok lah cuma kesian binatang-binatang macam kurang terjaga..masa kami sampai sini lebih kurang 11.30 pagi.jadi perkhidmatan tren tidak ada.akan ada semula pukul 2 pm.oleh kerna kejar masa, kami bantai juga jalan kaki.penat gila tapi bagus untuk kesihatan sebab kawasannya berbukit dan jarak satu stesen ke stesen yang lain agak jauh.oye pukul 10 am dan 2 pm ada elephant show.kita boleh tunggang gajah tapi ada yurannya lah cuma aku tak tau sebab kami tak naik gajah itu pun.

Heran yang rupanya macam arnab ini rupanya masuk dalam spesis khinzir





Paling teruja tengok harimau..cute
Besar gila tanduknya

Kemudian malamnya kami pi shopping di suria sabah.masa aku ngan my mama dan adik aku tengah shopping, encik suami pergi ke tempat lain.senyap-senyap encik suami belikan present anniversary kami yang ketujuh.

Dompet idaman..
Keesokan harinya, kami pergi Kundasang.my family balik Sipitang udah,huhuhu.kami stay di Strawberry Hotel ( sudah book masa stay ondeway nak balik kg).sampai ja hujan.actually planning kami nak pergi Borneo Cultural Village tapi tak tau di mana.pergi ke KadazanDusun Village tutuplah pula..ish..ish..petang di Kundasang kami pi makan sebelum ke Sabah Tea cuma tak bestnya hujanlah pula dan lawatan ke kilang sudah tutup.pagi saja ada.takpelah yang penting sudah sampai dan buat lawatan sekitar Sabah Tea.di sini ada penginapan cuma kami tak tinggal sini sebab sudah penuh.ada penginapan bentuk Long House dan Cottage.boleh tempah online.tanya ja Mr Google.



Perjalanan askar British semasa Perang Dunia ke Sandakan merentasi hutan yang tebal
Restoran di Sabah Tea, kedai cenderamata dan juga kaunter tiket
Kilang teh
Rumah panjang (rumah penginapan)
Maaf Cottage tak sempat ambil gambar sebab lokasi atas bukit.ini pun ambil gambar time hujan.demi blog aku redah juga hujan.keesokan harinya kami bergerak ke Sandakan.pergi ke Agnes Keith House.



Mewah kan restoran di sini..kami tak singgah sebab takda duit (terus terang)
Jalan keluar
Kaunter tiket dan kedai cenderamata
Rumah Agnes Keith
Tidak dibenarkan ambil gambar di dalam rumah.oh ada cerita seram, masa aku naik pergi ke bilik tidur utama yang korang nampak ada beranda itu.aku rasa seram sejuk, masa itu aku sorang-sorang di atas.encik suami masih di bawah.oye ada limit pelawat yang nak masuk dalam rumah Agnes Keith ni.then, aku terbacalah ada satu artikel di dalam showroom bilik tidur tu, rupanya memang rumah itu berhantu.apalagi terus aku teringat cerita Cermin Puaka, kelam kabut aku keluar dari bilik itu mujur ada encik suami sudah di tingkat atas.keluar dari rumah terus cerita dengan encik suami, tak pasal-pasal kena marah sebab suka explore sendirian.dahlah aku ni jenis lemah semangat.hehehe...pas dari tempat ni kami pergi mengisi perut di Pasar Sim Sim.sedaaaap makan ikan bakar.

Nasi putih dan sambal tomato free, cuma bayar ikan bakar dan lauk ja..
Kalo korang nak pi, pergi yang Gerai Ikan Bakar Sederhana sebab sedap sambalnya. Ada banyak gerai makan di sini.
Keesokan hari adalah merupakan tarikh 22.12.13 genaplah 7 tahun perkahwinan kami.banyak suka dan duka yang kami lalui sepanjang tempoh perkahwinan kami ini..papepun ombak-ombak itu banyak mengajar erti kehidupan dan menjadikan kami menjadi insan yang lebih bersyukur..baru aku perasan rupanya kami sambut anniversary di Sepilok.hahahaha..tengok orang utan pula.time ni kami ondeway balik ke Tawau, kami singgah ke Sepilok.ok kalo korang nak tengok orang utan pergi dalam pukul 9 gitu pasal masa orang utan dibagi makan pukul 10.30 am.petang pukul 3.30 pm.tempat memang hutan real.kalo nak bawa kamera masuk ke dalam hutan kena bayar dalam RM10.tidak dibenarkan bawa beg atau pape yang bergantungan nanti dirampas oleh monyet dan orang utan.oleh kerana kita masuk hutan real, makanya hati-hati dengan ular.nak masuk ada trek berupa jambatan kayu so tak payah risau pacat..dan panas sikit.namapun hutan bukannya bilik berhawa dingin..


Tong sampah yang comel
Tempat nak bayar tiket. Harga tiket dalam RM 5
Oleh sebab aku takut nanti ipadku dirampas oleh orang utan maka gambar di dalam itu aku tak ambil.tapi suami ada ambil gambar guna hp.sebelum masuk kita akan diminta cuci tangan dengan sabun antiseptik.sebarang penggunaan semburan untuk nyamuk ke atau pacat ke tidak dibenarkan malah tapak kasut/selipar pun dilap dengan sabun antiseptik yang khas.kami masuk dalam pukul 9.30 am jadinya mo sejam juga tunggu orang utan keluar.menyesal tak ikut taklimat video dulu.inilah encik suami tak kesabaran nak masuk hutan.ada satu tempat khas untuk kita tengok orang utan so takda chance nak peluk-peluk dengan orang utan.banyak monyet yang keluar, orang utan satu ja.so kami ambil keputusan nak keluar awal.tiba-tiba ondeway keluar tu kami terserempak orang utan yang sangat besar mungkin adalah dalam tinggi aku.apalagi berlari kami kembali ke tempat makan orang utan tadi.takut wei...sampai encik suami tinggalkan aku.habis merajuk aku..bolehnya dia pecut dulu.mujurlah masa di universiti dulu aku ada course yang perlu aku memerhati kehidupan liar jadi takda lah aku panik sangat.tanya ngan petugas di situ rupanya orang utan itu dalam perjalanan ke tempat makan.setiap orang utan ini ada nama dan para petugas ni kenal setiap otng utan ini tapi aku dah lupa namanya.bersyukur sangat dapat tengok orang utan secara live dan yang besar pula tu.buat pengetahuan korang aku memang minat dengan Discovery Channel tentang flora dan fauna.kalolah aku ini tidak penakut pacat mungkin suma hutan di Malaysia ini aku jelajah.aku teringin sangat nak pi Maliau Basin tengok air terjun yang bertingkat dan kalo ditengok dari atas bentuknya seperti bentuk besen.cuma hutan ini masih dara, jadi nak masuk memang thrill lah. Sekembali kami ke Tawau adalah juga kami dan ipar duaiku berkelah bersama masa cuti Krismas.tempatnya di Balung River..dulu kami pergi jalannya tidak berturap jadi kami separuh jalan ja.sekarang sudah berturap.kalo nak bermalam ada chaletnya.tempatnya masih ada yang dalam pembaikan.jangan risau dalam ini ada masjid.

Pintu masuk ke kolam dan sungai
Ada jambatan gantung
Ada kolam mandi.bayar RM3 cuma tidak ada papan tanda amaran aras air. di hujung sana tempat cetek penuh dengan budak-budak dan orang yang tak pandai berenang
Anak-anak buahku dengan ayah mereka. Langsung tak nak naik.tempat yang dorang mandi ni dalam 12 kaki.aku pun tak berani masuk (pasal tak pandai berenang) tapi dorang ni bukan main berani lagi.
Ada penempatan di sini.tak sempat nak round.insyaAllah akan datang pergi lagi.
Penutup tahun 2013, aku belanja ipar duaiku makan pizza.nak sambut anniversary berdua tak best sebab hari-hari pun memang makan berdua.nak makan di hotel macam tak tau nak pi mana yang sedap.so lastly ambil keputusan bawa ipar duaiku ini ke pizza.anak-anak buahku ini tak pernah pi pizza.paling-paling pun makan pizza yang aku buat.malangnya dorang sangat tidak suka makan pizza di Pizza Hut.dorang suka lagi pizza yang aku buat, well kami pun tapaulah pizza yang tak habis tu.siap tapau air juga pasal tak habis pun 3 jug air berkarbonat.bak kata anak buahku yang paling kecil, "cuba rasa air ni, macam ada rasa tajam-tajam".hehehe lucu..kecoh juga dalam Pizza Hut tu.

Family besarku (aku tiada di dalam gambar kerna aku tukang ambil gambar..hehehe)
The End 2013...psst ada orang tegur aku nampak makin kurus.itu yang gembiranya..yang sedihnya aku dikata makin hitam.macam manalah tak hitam mandi sungai tu aku sunburn..huhuhu..Bye 2013..welcome 2014 in my life..

No comments:

Post a Comment