Friday 3 January 2014

Cuti hujung tahun 2013 part 3


Alhamdulillah hari ini masuk hari kedua kerja.so far i still feel good.try to be positive..belum habis-habis lagi cerita 2013.saja nak perabihkan sebelum buka story ( inilah gara-gara jarang mengupdate, so antara salah satu azam baru adalah rajin mengupdate blog ini).insyaAllah entry akan datang kita cerita azam tahun ini..tahun ini aku pergi Meligan lagi.kalo korang ada ikuti story dalam blog ini, aku pernah pergi dalam tahun 2011.boleh rujuk sini.masa tu, adik lelaki aku yang kerja sana masih bujang.sekarang sudah ada anak sorang.jadi kami adik beradik pergi ke sana untuk jalan-jalan dan bawa isteri adik lelaki aku itu tengok tempat itu.isteri adik lelaki aku tu berhenti kerja nak jadi surirumah so dia akan ikutlah suaminya stay di kawasan pendalaman Sabah itu.ada tengok berita tv1 semalam pasal trek cikgu yang mengajar di sekolah rendah di Gua Musang.ha..lebih kurang begitulah treknya.masa kami ondeway ke Meligan, siap tolong lagi lori tersangkut dalam lumpur.tapi yang sedihnya aku. tak sempat ambil gambar gara-gara teruja..yeke teruja macam panik ja.hehehe...mari kita layan gambar.






Ondeway balik kami singgah beli sayur di tepi jalan.memang fresh dan murah.cuma aku tak sempat juga ambil gambar kerana tukang belinya adalah aku.tukang bayar adik lelaki aku yang bongsu.masa ini encik suami tengah dukung anak buahku.manja betul dia dengan encik suami, tak mahu dia dengan kami.mujur juga tengah-tengah jalan kami rehat sambil tengok bukit bukau dia nak dengan aku pula.kalo tak mau kebas juga tangan encik suami tu..ish.ish..bersambung.




No comments:

Post a Comment