Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan...

Assalammualaykum...lamanya aku tak menulis di laman blog ku sendiri.ntah nak bagi alasan apa????                
    Perkembangan terkini aku masih mengambil clomiphene yang mana aku sangka ubat baru rupanya ubat clomid dan juga ubat keuarkan period. Clomid ini telah di 'up' menjadi 3 biji dari 1 biji. So next appointment bulan September yang mana aku dah setuju untuk buat pembedahan kecil untuk melihat tiub fallipio tersumbat atau tidak. Doakan saja aku selamat dan doakan aku dipermudahkan untuk mendapat zuriat yang telah kami impikan..Untuk perkembangan diet aku tak berapa bagus..
     Dalam bulan Jun aku ada ternampak seorang kawan aku yang mempunyai masalah yang sama macam aku. Then, aku terkejut melihat perkembangan dirinya. Dia dah KURUS..wa..so aku pun merisik-risik bertanya tentang kehidupannya..diapun cerita yang dia menggunakan produk HERBALIFE. Ingat masa awal entry aku tu yg aku tak mo guna produk..kan. Jadi aku berfikir-fikir..buat survey. Akhirnya aku tekadkan diri pergi ke Kelab Nutrisi bersama Encik Suami. Aku jumpa ngan coach di sana Cikgu Habibi, tanya-tanya dan cerita-cerita so kami pun try untuk 1 minggu.Actually encik suami sekadar mo temankan aku pi ambil produk herbalife ni tapi bila dengar penerangan Cikgu Habibi dan jumpa lagi kawannya ada juga join dalam kelab tu maka diapun nak join sekali. OK la tu takda aku rasa bersalah diambil, ditunggu dan dihantar.. 
     Dalam 1 minggu tu, ada juga skip-skip hari sebab suami kursus dan aku balik Sipitang nak tengok kereta buruk yang kami nak beli..balik dari Sipitang, aku demam. Keesokan harinya kami ke Kelab Nutrisi, timbang berat badan..So berat awal aku 65.6kg turun ke 64.9kg..dalam aku tak berapa jaga makan pun boleh turun.. Amazing..badan pun rasa ringan cuma yang aku tak tahan ialah aku kena minum banyak air yang mana menyebabkan aku kencing-kencing..tetapi sangat lawas.Oleh kerana ada perkembangan positif, maka aku dan suami teruskan lagi untuk 10 hari ini bersambung dalam bulan puasa ni.Aku nak kuruskan badan supaya hormon dalam badan aku ni seimbang supaya aku mudah untuk mengandung. So doakan kami supaya ikhtiar kami ini berjaya.
     Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan amal ibadah kita yang mana akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda..Renung-renungkan dan amal-amalkan..(ambil statementni dari mana lah tu kan)..

No comments:

Post a Comment