Sunday, 21 December 2014

Happy Anniversary

Alhamdulillah sudah 8 tahun menyulam cinta halal..pelbagai onak duri, tawa, tangis, rajuk dan sayang ditempuhi dalam bahtera perkahwinan sepanjang itu..Buat suamiku..TERIMA KASIH atas segalanya. Terima kasih menjadi kawan, sahabat, bff, teman shopping, teman travel, abg, suami dan abah buat anak kita. Bersyukur padaMu Ya Allah, pada saat usia perkahwinan kami menjangkau 8 tahun Engkau kurniakan anugerah yang tidak ternilai..buah cinta kami yang telah terlalu lama kami nantikan..Alhamdulillah..alhamdulillah..hanya padaMu tempat kami memohon dan bergantung..alhamdulillah kesabaran kami membuahkan hasil...Happy Anniversary

Wednesday, 17 December 2014

Nak mula dari mana?

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...act aku buntu nak cerita dari mana dulu.nak mula dari aku tau aku pregnantke, atau treatment yang dibuatka, atau lifestyle, atau...blur..blur..blur.sebenarnya nak give up dan padam blog ni ( dah buat tapi dapatkan balik). Kenapa???sebab aku fobia tengok kawan-kawan blog yang dicuri gambar peribadi dan disalahguna. Bukan sorang dua pula..tu yang aku padam masa awal tahun..tapi ada sorang kawan TTC aku gitau pe salahnya ko tulis treatment atau lifestyle sebelum dapat pregnant yang mana aku sangat tak sangka..doktor pun rasa hairan.. En. Suami pun suruh tulis dalam blog..excited pula En. Suami. Yela manalah tau cerita kami yang tak seberapa ini memberi inspirasi pada TTC yang ada di luar..lepas aku habis story nanti sama ada aku terus untuk blog atau tidak, belum dapat ditentukan. Lagipun follower tak ramai pun, pengunjung pun tak ramai..ceh bunyi macam merajuk..huhuhu.

Monday, 1 December 2014

Lama menyepi..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..salam semua..lama sangat menyepi atas sebab-sebab tertentu..cuma nak update perkembangan terkini. Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan bayi perempuan, 2.95 kg, normal. InsyaAllah nanti akan di story dalam post akan datang. Yang paling hepi, bila tau my bff yang TTC pun dah pregnant dan ada yang menghitung hari. Alhamdulillah, Allah swt kurniakan cahayamata buat kami. Hadiah untuk anniversary kami yang ke-8. Pada all TTC lain, insyaAllah ada rezeki buat kamu..be positif..n pada pembaca yang lain kena ingat setiap ujian yang diberi Allah swt pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kita merancang, tapi sebaik-baik perancang Allah swt..so enjoy your life..:)

Monday, 13 January 2014

Selsema buat aku bercuti

Hari Jumaat aku teman en suami ke bank, aku ambil kesempatan round kedai stationary.nak beli majalah or buku takda yang berkenan.hujan pula turun renyai-renyai.akhir-akhir ini hujan selalu turun terutama petang.hari ini kami buat workout sikit ja.asal berpeluh.malamnya aku rasa lain macam..esoknya before pi meeting aku buat kerja rumah yang hanya sempat dibuat weekend.memang berpeluh gila la.tapi balik meeting tengahari tu aku dah rasa semacam.aik macam nak demam.pas zohor dan makan bihun goreng yang aku masak pagi tadi, aku bantai tido.en suami ajak tengok cita hindustan pelakon favorite aku Pretti Zinta pun aku tak layan dah..sah aku demam.jadi takda workout hari ini.malamnya aku pi makan steamboat ngan en suami.tapi yela tekak demam dan mungkin perut aku dah kecil aku boleh makan sikit ja.dan maaf aku lupa ambil gambar.insyaAllah kalo aku pi lagi aku ambil gambar.sedap..kena pula hujan-hujan.siap ada bakar-bakar.macam ala-ala korea gitu.cuma aku rasa kuah tomyamnya tu pakai yang segera.itu yang tak best...balik tu pas solat tidolagi.aik...memang esok pagi aku dah demam.biasa hujung minggu kami akan pi pasar dan pasar minggu untuk beli stok seminggu.tapi hari ahadni aku rasa tak larat.aku bangun masak sarapan, tido balik.bangun masak tengahari tido balik.sampaikan kelas fardu ain pun aku tak pi (ustazah kelas fardu ain tu siap sms lagi bagitau ada kelas, huhuhu)..en suami pun demam sekali.lemah sungguh badan..so masuk hari ini sudah 4 hari tiada workout.cuma buat kerja rumah ja bagi berpeluh.itupun pakai sweater.punya rasa sejuk..kat Tawau sekarang cuaca mendung saja.still aku tak nak makan ubat lagi.aku cuma ambil cuka epal, madu, minum air lemon 2L dan ambil vit C..k wish me makin ok.

Thursday, 9 January 2014

Diary Challenge 90 Days

Assalammualaikum...untuk menunjukkan aku betul-betul serius untuk hidup sihat, maka aku buat Diary 90 Days.actually buku ini sudah wujud dari tahun 2011 tapi aku yang tak konsisten.insyaAllah aku akan  konsisten supaya aku rasa lebih sihat dan bermakna..ingat diet ini bukan untuk berat badan jak tapi diet ini adalah cara hidup (kata-kata untuk aku tu...).


Apa yang aku rasa setelah hari ke 11 bersenam dan diet ialah aku rasa semakin bertenaga, rasa cergas, tak lagi muka nampak lesu dan yang paling penting aku sudah ada stamina.dulu naik tangga tingkat 1 pun rasa semput gila sekarang ini alhamdulillah..insyaAllah akan berkekalan..sebenarnya yang paling penting aku tak rasa backpain udah dan rasa mudah nak solat.hm..banyaklah kebaikannya.oye mood pun tak swing dan kurang stress.kalo stress buat burpees banyak-banyak..hehehe..


Maaflah gambar kurang jelas..nanti korang search ja kat internet..burpees ni yang paling aku lemah baru buat 5 macam nak putus nafas udah..tipulah kalo aku cakap tak nak quit nak jak berhenti nak jak taknak buat..so buat-buat pekakkan telinga mendengar bisikan-bisikan jahat itu kita buat ja.once dah buat kita akan rasa best dan bersyukur tidak mendengar kata-kata jahat itu..

Monday, 6 January 2014

Isnin yang penat

Harini Timbalan Menteri Pendidikan memantau sekolah-sekolah di Tawau..so prepare je mana yang patut.yang penting PdP ku berjalan dengan lancar.penat sungguh hari ni.balik tempat kerja, berehat then turun ke bandar.suruh suami beli tapau ja.kalo masak alamat tak selesai urusan dahlah hari Isnin merupakan hari 'jam' di Tawau.sesak gila.selesai urusan..bergegas melawat anak buahku kena tahan di hospital.demam panas dan kena sawan.siannya...adeh.mujurlah yang adik masih sihat kalo tidak pening kepala umminya mo jaga yang mana satu..tapi tadi tengok macam mo demam dah adiknya tu.harap-harap demam biasa..doakan supaya sihat..amin.
Inilah kembarnya tu

Saturday, 4 January 2014

Aktiviti hujung minggu..

Assalamualaikum..pagi-pagi ini korang buat apa?bermula dari minggu lepas aktiviti wajib hujung minggu adalah pergi ke pasar minggu untuk mencari buah-buahan tempatan.semenjak kami suami isteri declare nak lebih sihat, kami beli banyak buah untuk stok satu minggu.bukan tak nak beli buah import..satu sebab ada pengawetnya kedua sebab macam jemu.sokonglah industri pertanian Malaysia.harga barang kan makin naik so kita bantulah para petani dan pekebun kecil ni dengan membeli sayur dan buah tempatan.tapi yang penting kebanyakan buah tempatan tak pakai pengawet dan baja kimia..